Video| Solat tarawih dalam pasar mini? Gara-gara masjid padat dan jemaah melimpah! Pada 21 Ramadan!

Published by
KitaReporters


Terdapat beberapa cara unik menunaikan solat tarawih dikesan dan menjadi tular di Indonesia. Salah satu cara unik menunaikan solat tarawih berlaku di Bogor, Jawa Barat. 

Solat tarawih pada malam 21 Ramadan lalu dilakukkan di sebuah pasar mini dikenali sebagai Alfamart sejak beberapa tahun dahulu. Ia mengambil sempena  al-Quran diturunkan pada malam ke-21 Ramadan.




Solat tarawih di pasar mini itu dilakukan kerana masjid berdekatan iaitu Masjid An Nur, Jalan Lolongok,  Kelurahan Empang, Kota Bogor tidak dapat menampung kehadiran jemaah yang luar biasa yang menyebabkan luar masjid menjadi terlalu padat.

Ini mendorong pihak pengurusan Alfamart kawasan itu membenarkan premisnya diguna untuk solat tarawih pada malam 21 Ramadan itu.

Solat tarawih dalam pasar mini ini tular setelah dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @azharrbn. Dalam video itu, kelihatan sekumpulan jemaah yang membentang sajadah mereka di antara lorong-lorong pasar mini itu.



Para jemaah membuat saf solat di antara barang-barang yang dijual. Ketika solat tarawih berjalan, perniagaan dalam pasar mini itu tetap berjalan. Sejumlah pembeli berada dalam premis itu.

Video itu telah ditonton lebih 3 juta kali. - KitaReporters


9
8
0
12
0

Copy Link: