DUA Wajah berbeza Karim Mostafa Benzema pada zaman kanak-kanak dan dewasa yang comel dan tampan. - Kredit foto LifeBlogger


Karim Mostafa Benzema, bukan satu nama besar dan langsung tidak dikenali ketika dia baru berjinak-jinak dengan dunia bola pada tahun 1996.

Kemunculan awal beliau di persada sukan bola sepak antarabangsa umpama bagaikan jutaan bintang-bintang berkelipan di langit - walaupun jauh namun tetap nampak cahaya bersinar di kejauhan.

Ramai ahli nujum bola sepak membuat telahan akan lahir seorang lagi bintang bola sepak Perancis yang handal dan berjaya suatu hari nanti.

Dia telah digambarkan sebagai "penyerang yang sangat berbakat" yang "kuat antara kuat" dan "penyudah yang kuat dari dalam kotak".


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan negara Perancis

Hafid Benzema (kiri) dan isteri Wahida Djebbara - Kredit foto: LifeBlogger


Beliau dilahirkan pada 19 Disember 1987 di Bron Terraillon, Lyon, Perancis.

Dia merupakan anak yang ketiga daripada 9 adik beradik  hasil perkahwinan bapanya Hafid Benzema dari Tighzert, Algeria bersama Ibunya Wahida Djebbara, kelahiran Lyon, Perancis.

Benzema berasal dari keluarga pendatang dari Algeria yang menetap di kawasan kejiranan Bron (di Metropolis Lyon, timur Perancis).


Karim Benzema


Zaman Kanak-kanak :

Pada zaman kanak-kanak kehidupan beliau dipenuhi dengan pelbagai masalah.

Dia hampir-hampir terjebak dengan kumpulan kanak-kanak liar dan gemar melakukan aktiviti-aktiviti berbahaya yang berunsur jenayah.

Mujurlah bapanya seorang yang mementingkan disiplin dan sekali gus menghalang anaknya daripada berseronok-seronok di kawasan kejiranannya yang bermasalah.

Sikap perihatin dan disiplin (bapa) yang kuat secara tidak langsung telah membuat perubahan besar pada tingkah laku anaknya (Benzema).

Sebagai anak ‘jantan’ atau lelaki, Benzema terus dididik dan diasuh oleh bapanya, supaya  menjadi tabah dan berani untuk mengatasi apa jua masalah kehidupan sehinggalah dia membesar sebagai seorang lelaki yang matang.

Tidak mudah bagi sebuah keluarga migran untuk menetap di salah satu kawasan kejiranan yang paling bermasalah di Perancis (Bron, Lyon).

Bapanya kemudiannya memutuskan untuk menghantar beliau belajar di sebuah sekolah Katholik.

Sememangnya telah diduga apabila pada hari pertama persekolahan, dia (Benzema) menunjukkan sikap yang tidak selesa dan suka memberontak dengan memberi pelbagai alasan supaya dikeluarkan dari sekolah tersebut.

Benzema mempunyai banyak masalah ketika berinteraksi dengan kanak-kanak lain, memandangkan asal usul keluarganya  dari Algeria; di mana dia merasakan seolah-olah berlaku diskriminasi antara kaum.

Pada masa itu, badannya agak gempal dan sering diejek serta dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya

Ekoran daripada itu, Benzema telah mengalami masalah tekanan hidup secara berlebihan dan membuatkan dirinya seperti ‘kera sumbang’ yang tidak mahu berkawan dengan sesiapa sahaja yang cuba mendekatinya.

Masa terus berlalu, anak muda ini sudah pun berubah dan kini menjadi seorang yang lebih baik. Dia semakin mesra dan dikenali di kawasan kejiranannya. Dia cuba mengubah tabiat pemakanannya dan mula berusaha menurunkan berat badan.



Karier Bola Sepak :

Karim Benzema memulakan kerjaya bola sepaknya di kelab kampung halamannya di Bron Terraillon pada 1996, ketika itu dia baharu berusia 8 tahun.

Dia digelar sebagai ‘Coco’ oleh rakan-rakan sepermainan yang sebaya dengannya.

Benzema mula menarik perhatian seorang pegawai kelab Lyon apabila dia menjaringkan dua gol pada perlawanan kategori Bawah 10 tahun (B-10) ketika menentang Akademi Belia Lyon.

Dia telah diintai oleh pegawai kelab  Lyon serta bertemunya dan cuba memujuk kelab Bron Terraillon untuk menjualnya. Presiden kelab ketika itu, Serge Santa Cruz enggan menjualnya.

Kemudian kelab Lyon tidak terus berputus asa sebaliknya mereka (pegawai Lyon) segera berjumpa kedua-dua ibu bapa Benzema dengan menawarkan kepada anak mereka untuk menyertai pasukan senior Lyon.

Satu perjanjian telah dibuat untuk mendapatkan perkhidmatan Benzema sebagai seorang pemain bola sepak untuk pasukan remaja kelab itu walau pun baharu berusia 9 tahun.  


Benzema (dua dari kanan) bergambar beramai-ramai bersama rakan-rakan sepasukannya. - Kredit foto LifeBlogger


Penampilan awalnya agak perlahan mungkin disebabkan bentuk fizikal yang sedikit gemuk dan menyukarkan pergerakannya.

Namun, itu tidak mematahkan semangatnya apabila dia mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan.

Benzema memulakan kerjaya bola sepak di Olympique Lyon pada tahun 2005. Beliau adalah  seorang pendiam, pemalu, memendam rasa dan sering memencilkan diri. Sikapnya itu juga menyebabkan dia tidak gemar keluar rumah.

Ramai rakannya yang mengecamnya kerana karakter seorang pemain yang mempunyai personaliti yang agak introvert

Tambahan pula kalangan peminat-peminat sukan bola sepak yang tidak mengetahui sejarah latar belakang kehidupan sebenar beliau, apatah lagi mengenali secara dekat pastinya memberikan pelbagai andaian negatif kepadanya.

Mungkin itu ketika dahulu dan kini dia mula dikenali ramai seperti pemain-pemain ternama seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Mohamed Salah dan lain-lain.

Benzema menjadi ikon anak muda di Lyon apabila menempa nama dengan menjaringkan 32 gol untuk pasukan remaja bawah umur 16 tahun (B-16) Lyon dalam Liga Perancis B-16.

Beliau turut terlibat dengan pasukan bola sepak Perancis B-17, yang memenangi Kejohanan Bola Sepak Eropah B-17 Union of Eropean Footbal Associations (UEFA) sulungnya, yang berlangsung di Perancis pada tahun 2004.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan itu, yang terdiri daripada pemain yang hebat  seperti Hatem Ben Arfa, Samir Nasri dan Jeremy Menez.

Pasukan Perancis B-17 mencatat sejarah apabila menewaskan pasukan Sepanyol dalam perlawanan akhir kejohanan tersebut.



Wira Berani :

Profesion Benzema semakin meningkat apabila dia seterusnya dimasukkan ke dalam kesebelasan pasukan utama di Lyon. Dia sekali lagi dikritik hebat kerana kegagalan berinteraksi dengan pemain-pemain pasukan utama yang lain.

Rakan-rakan pasukannya seperti Florent Malouda, Sylvain Wiltord dan John Carew kerap menjadikan Benzema bahan jenaka mereka sehingga tidak menyenangkan beliau.

Dia pula bertindak balas secara spontan dengan menjawab dengan tegas bahawa beliau akan membuktikan dirinya suatu hari nanti akan memakai jersey nombor 9 kelab Lyon berbanding memakai baju 10.

Benzema tetap dikagumi dengan kejayaan menjaringkan 66 gol dalam 148 penampilan pada semua pertandingan sebelum berhijrah ke kelab tersohor Sepanyol Real Madrid.



Pada Jumaat 26 Ogos 2022 lalu, Karim Benzema dan Alexia Putellas dinobatkan sebagai penerima anugerah Pemain Lelaki dan Wanita Terbaik UEFA 2022 dalam satu majlis di Istanbul, Turkeye.

Benzema, 34, menerima anugerah berkenaan mengatasi rakan sepasukan, Thibaut Courtois dan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne. - KitaReporters



Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/218316/berita/sukan/benzema-putellas-pemain-terbaik-eropah

https://lifebogger.com/karim-benzema-childhood-story-plus-untold-biography-facts/

18
11
0
9
0

Copy Link: