Mak oii! Tergamaknya! Buat latihan tikaman kerana mahu bunuh ibu sendiri! Akhirnya diberkas polis!

Published by
KitaReporters


LAZIMNYA hubungan anak perempuan dengan ibu sangat rapat bukan sekadar guru disiplin pertama kepada si kecil tetapi juga sebagai kawan baik.

Walaupun sering dimarah oleh ibu namun hubungan tersebut pasti erat kerana hanya si ibu sahaja yang memahami ragam anak perempuannya

Malah tidak salah jika dikatakan hubungan istimewa tersebut berterusan sehingga akhir hayat mereka. 


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan kejadian tikam


Kredit foto: dailycaller.com


Namun berbeza dengan satu kejadian di Jepun apabila seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menyimpan hasrat untuk membunuh ibunya sendiri.

Lalu remaja yang tidak didedahkan nama itu membuat persiapan untuk membunuh ibu kandung dengan membuat tikaman rambang di bandar Shibuya, Tokyo.

Malangnya tikaman rambang berkenaan terkena kepada dua beranak yang tidak bersalah iaitu seorang ibu berusia 53 tahun bersama anak perempuannya yang berusia 19 tahun.


Kredit foto: japantimes.co.jp


Memetik laporan nextshark.com, dalam kejadian 20 Ogos 2022 lalu, remaja perempuan berkenaan hanya berbekalkan tiga bilah pisau kecil semasa melakukan serangan tersebut.

Terdahulu, remaja berkenaan meninggalkan rumahnya sekitar tengah hari dan menuju ke  Stesen Shinjuku.

Dia kemudian menghampiri dua beranak tersebut ketika sedang berjalan di sebuah jalan sempit di bandar itu sebelum bertindak menikam mangsa.

Kesan tikaman berkenaan dua beranak tersebut mengalami kecederaan serius yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh. Malah, anak perempuan itu mengalami luka kesan ditikam sedalam 10 sentimeter.


Kredit foto: kyodonews.net


Hasil siasatan pihak berkuasa, remaja berkenaan memaklumkan dia melakukan tikaman rambang berkenaan sebagai latihan bagi memastikan sama ada dia mampu membunuh atau tidak.

Malah dia mengakui semuanya dilakukan sebagai persiapan untuk membunuh ibunya sendirinya.

Masya- Allah.. Tergamaknya mahu bunuh ibu kandung sendiri.

Bagaimanapun remaja berkenaan menafikan serangan itu dikaitkan dengan sebarang masalah di rumah atau sekolah, dan tidak menjelaskan lebih lanjut apakah motif sebenarnya kepada polis.

Remaja tersebut kini ditahan polis dan bakal menerima hukuman kesan perbuatannya sendiri. - KitaReporters


14
9
0
14
0

Copy Link: