Video| Empat lelaki meraung! Disebat di antara 8-22 kali! Didapati bersalah! Jenayah berjudi online!

Published by
KitaReporters
.

Empat penjudi meraung apabila menjalani hukuman sebat di Taman Sari, Banda Aceh pada Khamis, 30 Januari 2025.

Mereka dituduh terlibat dalam judi online dan didapati bersalah melanggar hukum Islam dan telah dijatuhkan hukum oleh sebuah Mahkamah Syariah di Banda Aceh baru-baru ini.



Pesalah terdiri daripada Abdullah Hasan, Agus Saputra  Rusdi,  Teuku Firdaus Nazaruddin dan Suhardi Madsyah. Masing-masing menjalani hukuman sebat di antara 8-22 kali. Jumlah hukuman berdasarkan nilai  wang taruhan.

Dalam proses hukuman sebat itu, pesalah memakai jubah putih dan mengerang kesakitan ketika tukang sebat yang dipanggil  algojo melepaskan sebatan pada bahagian belakang mereka.

Para algojo memakai pakaian serba hitam termasuk menutup muka untuk menjalankan tugas.

Jumlah sebatan juga dikurangkan berdasarkan berapa lama sudah menjalani tahanan di penjara. Hukuman itu turut disaksikan oleh sejumlah penduduk Aceh termasuk anggota keluarga mereka.  



Aceh adalah wilayah Indonesia yang diberi autonomi bagi membolehkan ia menjalankan hukum Islam.

Antara kesalahan besar yang boleh disebat, dipenjara atau didenda ialah mengambil minuman beralkohol, perjudian, perzinaan, bermesraan di luar hubungan nikah, dan seks sesama jenis. - KitaReporters


13
4
0
6
0

Copy Link: