Video| Suka ulas pasal Islam! Akhirnya streamer YouTube SonnyFaz peluk Islam! Petah macam pendakwah!

Published by
KitaReporters

.

Temu bual SonnyFaz atau Sonny Fazio dengan 1st Pillar, yang menerangkan mengapa dia menerima Islam. - Kredit video: 1st Pillar


Siapa anak muda Inggeris ini yang bercakap pasal Islam sangat lancar, sepatah dua disoal, panjang lebar dijawabnya seperti bertih goreng, tup tap tup tap tup tap. Baru-baru ini ternampak dalam saluran YouTube 1st Pillar, dia sedang ditemu bual.

Bersunggu- sungguh anak muda Inggeris itu memberi jawapan, ulasan dan pandangannya terhadap soalan berkait Islam dan ketuhanan (Allah SWT).

Renung sejenak, tiba-tiba teringat budak yang bersama ibunya membuat Reaction dalam saluran YouTubenya. Beberapa tahun lalu, pernah mengikuti saluran itu (SonnyFaz atau Sonny Fazio). Apabila disemak, memang benar dialah orangnya, iaitu SonnyFaz, budak kelahiran Itali, yang kini telah pun dewasa dan matang. Rupa-rupanya dia sudah pun memeluk Islam.



Pada peringkat awal, SonnyFaz dan ibunya sekadar saling memberi pandangan terhadap video pilihan berkisar hal Islam yang baru diketahuinya. Dia juga menarik perhatian ibunya terhadap maklumat yang dikutip mengenai Islam yang dianggap masuk akal dan kemudian saling memberi pandangan (reaction). 

Ketika itu lagi SonnyFaz sudah menunjukkan kecenderungan terhadap Islam namun ibunya tetap teguh dengan pegangan asalnya, Kristian.

Pabila satu ketika anak itu menunjukkan minat yang sangat kuat terhadap Islam, si ibu, Elena cuak lantas berkata, “Don`t tell me that your’e are going to be a Muslim?” 


Dalam video ini bertajuk I Took My Shahada. Alhamdulillah, SonnyFaz mengumumkan dia telah pun bersyahada. Kredit video, SonnyFaz


Sonny Faz memulakan saluran itu dengan konten `reaction` bersama ibunya, sekitar enam tahun lalu. Mereka bermula dengan memberi pandangan (reaksi) terhadap video-video Andrew Tate, pempengaruh media sosial Amerika-Inggeris, yang juga usahawan popular serta bekas petinju tendang profesional (professional kickboxer) tersohor.

Peringkat awal video-video pempengaruh itu berkisar hal-hal tidak manis dalam pergaulan, namun tidak lama kemudian mengisytihar dirinya sebagai Muslim. 

Selepas itu Andrew Tate kerap memberi ulasan mengenai kelebihan Islam, yang sedikit sebanyak telah membuka mata SonnyFaz untuk mengetahui lebih lanjut mengenai agama itu yang awalnya sangat asing baginya. 

Kesannya, SonnyFaz kemudian lebih kerap mengutarakan topik perbahasan berkait agama itu bersama ibunya.  Sewaktu itu SonnyFaz masih sangat muda, iaitu 18 tahun, baru hendak menginjak dewasa (usia18), dan sentiasa bersama ibu ketika muncul dalam YouTube. 


Selepas kerap bersoal jawab melalui maya mengenai Islam, SonnyFaz menemui mereka yang lebih arif untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut bagi menguatkan keyakinannya terhadap agama itu, sebelum mengambil keputusan untuk menerima Islam. - Kredit Video: YouTube One Message


Terkini, dalam temu bual dengan 1st Pillar, SonnyFaz, 22, sudah pun dewasa, semakin rancak berbicara mengenai Islam. Sebaris pertanyaaan, dijawab sangat lancar dengan ulasan panjang lebar, meluah taksubnya terhadap Islam dengan pelbagai pujian dan kesyukuran. 

Tampil penuh yakin berbicara bagaikan seorang pendakwah. Bahkan sempat mengaku berhasrat menyampaikan dakwah kerana terkilan majoriti rakyat di negaranya tidak tahu mengenai Islam. 

Selama tempoh enam tahun, telah membuat banyak penyelidikan mengenai Islam. Selain menerusi pembacaan dan penyelidikan video, ilmu itu turut dikutip menerusi temu bual streaming di YouTube bersama rakan yang lebih awal memeluk Islam, kebanyakannya yang popular dengan konten dakwah dalam dunia maya. 



Sonny Faz mengumumkan memeluk Islam, dalam video streaming nya bertajuk "I Took My Shahada. Alhamdulillah." 

Dalam video itu, dia sempat merakamkan terima kasih kepada pengikut yang mendoakannya, "Terlalu ramai yang mendoakan saya, ribuan, terima kasih!" 

Sambil menggeleng kepala mengingati kebaikan rakan maya sehingga hilang kata dan menitiskan air mata kerana sangat terharu. Sejak menunjukkan minat terhadap Islam, ramai Muslim menjadi pengikutnya dan mereka berdoa agar dia mendapat hidayah. 

Saksikan kepetahan anak muda mualaf ini berbicara seputar hal yang diketahuinya mengenai ketuhanan dan Islam. Satu yang menarik,  dia yang bersyahadah sekitar enam bulan lalu, sudah sangat petah berbicara, dengan ayat-ayat dakwah yang jelas dan tegas.  

Bayangkan, orang yang lahir sebagai Islam melebihi setengah abad, tidak tentu lagi pandai mengulas mengenai keagamaan sepertinya.  



SonnyFaz adalah seorang pengusaha muda, pakar media sosial, dan kreator konten YouTube. Lahir pada tahun 2003 dan besar di Boston, dia dikenali menerusi video-videonya yang fokus pada cara menghasilkan wang secara online, reaksi terhadap budaya internet, serta pembahasan topik-topik kontroversial. 

Bermula dengan kolaborasi dengan ibu dalam kontennya, dengan diskusi mengenai tentang agama, budaya, serta isu sosial kira-kira enam tahun lalu, YouTubenya berkembang pesat dan terkini, mengumpul lebih daripada lebih lima ratus ribu pengikut.

Walaupun seorang streamer YouTube yang sentiasa bersama kamera ketika ke mana saja, namun ketika ingin bersyahadah bersama Imam Sheikh Uthman, SonnyFaz meminta untuk melakukannya tanpa rakaman kamera, dengan alasan biarlah saat itu hanya Allah dan orang yang berada di situ sahaja yang menjadi saksi. - KitaReporters


13
9
0
16
0

Copy Link: