Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia mengumumkan pada 3 Februari 2025, hari terakhir perkhidmatan Mohd Shukor Tahir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia berkuat kuasa pada 31 Januari 2025.

Sejak menyertai Islamic Relief Malaysia pada 1 Februari 2023, Mohd Shukor telah memainkan peranan penting dalam memacu Islamic Relief Malaysia menjadi sebuah organisasi yang lebih kukuh dan berdaya tahan. 

Dedikasi beliau terhadap kecemerlangan operasi dan tadbir urus telah meletakkan Islamic Relief Malaysia dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia.



Semasa menerajui kepimpinan Islamic Relief Malaysia, Mohd Shukor telah menerima anugerah Productivity Champion bagi kategori Leader daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2023. 

Pengiktirafan itu meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap usaha kemanusiaan yang dijalankan serta memberi impak yang besar kepada Islamic Relief Malaysia. 

Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepimpinan, komitmen serta sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada organisasi.

Sehingga pengumuman lanjut mengenai pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, sebarang urusan boleh dirujuk kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Siti Fadilah Mohd Hood.

Kenyataa ini telah dikeluarkan oleh Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Islamic Relief Malaysia - KitaReporters/Kenyataan Media


10
10
0
6
0

Copy Link: