Gambar hiasan... Lazimnya kanak-kanak lelaki gemar bermain di luar berbanding menyiapkan kerja-kerja sekolah sehingga mendatangkan kemarahan ibu bapa mereka. 


Setiap keluarga terutama si bapa atau si ibu mempunyai pelbagai cara untuk mendidik atau mengajar anak-anak mereka supaya berlaku taat, patuh perintah dan mengamalkan kehidupan berdisiplin.

Kehidupan berkeluarga atau parenting pada hari ini semakin mencabar apabila bertemu bermacam-macam kerenah atau ragam dilakukan oleh anak-anak mereka.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kes-kes penderaan

SHAHEER - Sumber foto Daily Mail.


Di bandar Orangi, Karachi, Pakistan, pada 14 September 2022, satu kejadian tragis berlaku apabila seorang bapa sanggup membakar anak lelakinya yang berusia 12 tahun hidup-hidup kerana keengganannya menyiapkan kerja sekolah (homework).

Memetik portal berita Daily Mail, seorang bapa dikenali sebagai Nazir Khan tergamak mencurah minyak tanah ke atas tubuh anaknya bernama Shaheer Khan dan seterusnya mencucuh api dengan harapan supaya budak lelaki itu akan berasa takut.

Tetapi, malangnya tindakan bapa Shaheer memakan diri apabila bertukar menjadi tragedi sehingga seluruh tubuh kecil anaknya itu terbakar dan melecur teruk.

Ketika api sedang marak, Shaheer tiba-tiba menjerit dengan sekuat hati di dalam biliknya kerana tidak dapat menahan kesakitan.

Tanpa disedari, tiba-tiba ibu mangsa, Shazia bergegas berlari ke arah bilik anaknya itu dan ketika itu juga si ibu terkejut melihat kebakaran itu. Sepantas kilat mereka (ibu bapa Shaheer) terus mencapai selimut dan kain yang berada (dalam bilik) untuk memadam api segera.


Bapa dan ibu Shaheer. - Kredit foto: dailystar.co.uk


Namun, tindakan mereka tidak mencukupi untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke sebuah hospital kerajaan yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Setelah dua hari berada di unit rawatan rapi (bahagian kebakaran) hospital berkenaan, mangsa akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan parah.

Justeru, ibu Shaheer bertindak membuat aduan kepada pihak polis dan keesokan harinya (17 September 2022) Nazir telah ditahan oleh pihak berkuasa (tempatan). 

Menurut jurucakap polis tempatan, Salim Khan berkata, Nazir ditahan reman bagi melengkapkan kertas siasatan polis sebelum menghadapi perbicaraan di mahkamah pada 24 September 2022 nanti.

Siasatan awal pihak polis mendapati suspek (Nazir) naik berang terhadap anaknya kerana dia (Shaheer) tetap berkeras mahu keluar bermain layang-layang terlebih dahulu sebelum menyiapkan kerja sekolahnya.

Ekoran itu juga, Nazir telah menyoal beberapa soalan berkaitan kerja sekolah anaknya dan jawapan yang diterima agak mengecewakan serta mendatangkan kemarahan dan kemudiannya menjurus kepada perbuatan cubaan menakut-nakutkan kanak-kanak itu.

“Suspek mengaku kepada polis bahawa dia menyimbah minyak tanah di badan kanak-kanak itu dan menyalakan api dengan mancis dengan niat untuk menakut-nakutkan mangsa,”ujar beliau. – KitaReporters 


Gambar hiasan... Watak seorang ayah sedang memarahi anaknya yang enggan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya. 


Sumber:

https://www.dailymail.co.uk/news/article-11230583/Father-burns-12-year-old-son-death-not-doing-homework.html

https://economictimes.indiatimes.com/news/international/world-news/father-burns-12-year-old-son-to-death-in-karachi-for-not-doing-homework/articleshow/94332075.cms

12
13
0
17
0

Copy Link: