BUKAN KERNA KECANTIKAN, TAPI BAGI KENALI DIRI
Published byLUKISAN Al Qalam adalah satu lukisan spiritual dan rohani yang dilakarkan mengikut teknik menggambarkan hasil kerja seni dan kreativiti yang dizahirkan untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang minimum. : KitaReporters
Datin Seri Intan Osman meminati seni lukis sejak berumur 30 tahun
Seni lukisan ini lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara sportan.
Ia juga proses awal berbentuk lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain termasuk catan, cetakan, seni grafik, arca, kolaj dan montaj.
Kreativiti pelukisnya, Datin Seri Intan Osman, 49, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, yang menghasilkan seni lukisan Al Qalam sememangnya jarang dimiliki orang lain kerana ia menzahirkan lukisan yang berkaitan rapat dengan naluri dan kehidupan manusia.
Berkelulusan Sarjana Agama Strata dari Universiti Islam Sunan KaliJaga, Yogyakarta, Indonesia, dia mula mengasah bakat dalam bidang seni lukisan ketika berusia 30 tahun kerana minat yang mendalam dalam bidang berkenaan.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Intan
meletak ketepi status Datin Seri sebaliknya menumpukan kerjaya sepenuh masa
dalam bidang yang diceburi sebagai pelukis untuk menyebarkan ilmu kerohanian berasaskan
lukisan.
Ketika ditemui beliau berkata, lukisan dan
kerohanian berkait rapat dalam kontek
kehidupan manusia sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.
Katanya, lukisan Al Qalam dikatakan mengandungi
ramuan tersendiri daripada 1001 penawar
dalam bentuk zat dan teori untuk merawat pelbagai masalah spiritual dalam
era kehidupan zaman moden ini.
“Hasil seni lukisan saya lebih banyak bertumpu
kepada pembentukan rohani yang
diilhamkan ketika berhadapan dengan masyarakat khasnya kehendak pelanggan
sendiri,” katanya.
Kadangkala, katanya, tidak ramai yang memahami
corak dan bentuk seni lukisannya tetapi bagi mereka yang tahu dan pandai
menterjemahkan maksudnya, ia dapat dihayati dengan mudah.
Datin Seri Intan Osman menunjukkan hasil lukisan beliau yang sudah siap.
Intan yang turut bertanggungjawab sebagai suri rumah berkata dia mengambil masa antara dua dan lima jam sehari untuk menghasilkan satu-satu lukisan dan bergantung kepada bentuk lukisan yang dihasilkan.
Hasil karya Intan sememangnya hebat apabila dia
pernah menjual kerja seninya sehingga ke tahap harga yang lumayan sampai
ratusan ribu ringgit.
Malah, dengan usaha dan keringat yang ada pada seorang wanita, beliau berharap hasil karya seninya bukan sahaja mampu dinikmati oleh masyarakat negara ini, tetapi menaruh harapan lukisan beliau satu hari nanti makan menembusi pasaran dunia.
Intan berkata, antara nama-nama lukisan hasil kerja
seni beliau yang mendapat sambutan ialah, munawir, barakah, hawa, fitrah, ratna,
rajawali sakti, bantera noh, sanjana, makrifat dan banyak lagi nama yang
menjadi pilihan pelanggan.
Datin Seri Intan Osman sedang menyiapkan lukisan
Intan berkata, lukisan Al Qalam tidak seperti lukisan biasa, sebaliknya satu seni yang hidup dan berfungsi sebagai penyuluh jalan ke arah memperkasakan iman.
Justeru katanya, ibarat memiliki kitab diri yang lengkap untuk membawa kita kepada aset spiritual
yang sangat tinggi nilainya.
Beliau berkata, kehidupannya akan puas jika setiap
hasil seni yang digarapkan turut
dihargai peminat lukisan terutama mereka yang benar-benar faham dengan
seni berkenaan.
Antara hasil sentuhan lukisan Datin Seri Intan Osman
Sambil mengharapkan karya seni mendapat pengiktirafan, beliau akan terus ,menghasilkan kerja seni yang diminatinya sejak sekian lama.
“Biarpun namanya tidak sebaris dengan pelukis tersohor, tetapi minat mendalam dalam bidang berkenaan membolehkan beliau meneruskan hasil karya sebagai mata pencarian hidup,” katanya. - KitaReporters