Video| Nak bersedekah? Tak perlu tunggu jadi kaya! Sesama susah pun boleh! Contohi penjual pisang ini!
Published by.
Tidak perlu menjadi kaya raya untuk bersedekah. Apa yang penting ialah keinginan dan keikhlasan.
Banyak golongan berada kedekut untuk bersedekah malah memberi sindiran sinis terhadap individu yang mengemis atau meminta bantuan.
Seorang peniaga buah pisang yang sudah lanjut usia berjualan menggunakan basikal tua yang membuktian dia sendiri hidup ala kadar.
Dengan masih banyak pisang belum terjual namun dia tetap bermurah hati untuk memberi secara percuma beberapa sikat pisang kepada seorang pemulung atau pemungut barang buangan atau terpakai di tepi jalan.
Peristiwa itu dirakam secara spontan seorang pemandu kereta yang berhenti tidak jauh daripada tempat kejadian. Video itu kemudian dimuat naik dalam akaun TikTok @ceetos26 pada Khamis, 13 Februari 2025. Setelah itu ia diulang siar oleh sejumlah laman sosial lain serta beberapa media cetak dan media elektronik.
Dan ada yang memberi pandangan bersedekah lebih dirasai golongan kurang berada berbanding golongan kaya raya. - KitaReporters