FROM Switzerland sehingga Moscow with Love dan dari Moscow sehingga ke Korea, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tidak sabar melihat pasangan cinta dari dua dunia, Dayang Ara Nabella Astillah (Bella Astillah atau BA), 31, mewakili industri seni dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 32, yang kacak dan gentlemen menoktahkan hubungan mereka sehingga ke jenjang pelamin.

Siapa mendugakan, daripada sekadar menjadi pasangan mempromosikan jenama gedung fesyen Primavalet at Primavalet Ostia Bangi  mereka mengegarkan negara dengan criteria cinta dalam gaya bersahaja. 

Tanpa sengaja mereka diibaratkan sepasang merpati sejoli, ligat "bermain cinta" di khalayak masyarakat dengan tidak semena-mena  pula, gelagat mereka membuatkan hampir setiap lapisan masyarakat ikut "terjatuh cinta".

Jarang ada penyanyi yang juga ibu tunggal, BA yang comel lote ini dikutuk dan di sisi positifnya ini antara kalinya, Syed Saddiq (SS)  mendapat pujian melambung-lambung.




Sebabnya sebelum ini SS yang berketurunan keluarga Al-Sagoff digambarkan sebagai Ahli Parlimen muda yang tidak matang, pembangkang yang tiada arah tujuan. 

Malah ada yang menuduhnya menipu bila ambil bahagian dalam larian jarak jauh dari kawasan Parlimennya di Muar ke bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bila menuntut peruntukan bagi kawasannya. Malah dipecat oleh parti yang disertainya sebelum ini.

SS adalah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) di Muar sejak Mei 2018. Kemudian dia telah menubuhkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) secara rasmi pada 17 September 2020 dan rasmi didaftar 23 December 2021. 

Bekas ahli pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), juga bekas parti komponen daripada gabungan Perikatan Harapan (PH) dan berkhidmat sebagai Ketua Armada pertama Bersatu daripada penubuhannya pada 2016 hingga penyingkiran daripada parti itu pada Mei 2020.

SS pernah dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan semasa PH membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 atau PRU Ke-14 (PRU14).




Anak bongsu daripada empat beradik, - Sharifah Amani Syed Abdul Rahman Al-Sagoff (Kakak), Syed Salleh Syed Abdul Rahman Al-Sagoff, dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman Al-Sagoff.

Bapanya Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-sagoff adalah bekas pekerja buruh kontrak di Singapura dan ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz adalah guru Bahasa Inggeris. 

SS mendapat didikan awal di Maktab Tentera Diraja dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pemegang biasiswa dari Singapura. Dia dilantik sebagai pemimipin pelapis untuk membawa perubahan kepimpinan politik negara. 



Percantuman yang agak ranggi kata orang tua. Mana tidaknya, dalam TikTok jutaan netizen yang memberi "like" sambil memberi komen, "kami dah keras kerjung pipi ni sebab tersengih seorang diri. Malah tak kurang yang "mengugut" akan memboikot jenama itu dan membuat demonstrasi di depan Parlimen jika tidak mendirikan mahligai."

Bagi Opah, ini adalah fenomena luar biasa. Seolah-olah melihat kembali bagaimana umat manusia sedunia menyayangi mendiang Lady Diana ketika dia bercerai dengan Charles, Raja England sekarang. 

Bagaimana daripada anak gadis naif, memiliki persona diri yang boleh memikat kasih sayang, begitulah aura Diana menawan hari insan, sekali gus mungkin "turun" kepada BA.

Malah dalam satu perbualan dengan orang Sabah, Vilma memberitahu satu Sabah sokong BA kerana ibu tunggal itu juga bukan sebarang orang. Orang keturunan bangsawan dari Brunei dan menjadi idola rakyat negeri itu. BA antara penyanyi yang mengharumkan tempat kelahirannya, Sandakan Sabah.



JIka hampir 1 bilion manusia melihat Diana berkahwin dan kematian ditangisi oleh satu bilion lainnya termasuk anak-anak muda menyebabkan England ditakluki jutaan jambangan bunga. Dan sehingga dikatakan waktu kematian Diana, tangisan rakyat negara itu adalah satu terapi mental yang terbaik pernah dilakukan oleh penduduk Eropah itu.

Kini kelihatan keadaan itu dialami BA dan SS sehingga ke mana-mana pergi jeritan "YB kahwin, kahwin, kami restu."

Pengkaji sejarah ada menyebut dalam era tertentu akan lahirnya seorang wanita yang akan mengharum namanya di dunia. Misalannya, Marilyn Monroe, Diana dan Ratu Elizabeth II. Adakah "kekosongan era" itu, sekarang memberi tuah kepada nama baik Bella Astila untuk harum ke persada dunia sebagai wanita disayangi dan ditatangi penuh kasih sayang.

Ada pengkaji sosial mengulas bagaimana pertembungan dua ini memang jarang berlaku bila setiap lapisan masyarakat dari anak kecil, remaja, ibu bapa, suri rumah, bujang dan duda malah suami orang pun tersengih-sengih di layar TikTok suka dan trend mereka berdua sudah menguasai sebahagian besar hati masyarakat.

Mana tidaknya, ada yang menggelarkan mereka berdua sebagai vitamin, terapi bahagia dan ibu SS sendiri menamakan pasangan itu sebagai Romeo dan Juliet. 


Trending sekarang, Jangan kacau,tu saya punya.


Hampir setiap hari sejak paparan kegiatan mereka daripada mendaki Gunung Kinabalu, bermain ombak di pulau peranginan Semporna sampaikan BA dan anak lelaki hadir ke Parlimen, jarang ada artis diberi peluang mendapat liputan meluas untuk melakukan promosi yang begitu memukau hati dan mata.

Opah fikir BA dan SS ini dapat begitu sambutan kerana rasa prihatin masyarakat terutama wanita terhadap penderitaan yang dilaluinya sebelum ini. 

BA dikhianati oleh orang yang dicintai sekurang-kurangnya 11 kali yang direkodkan, diceraikan tanpa ada sedikit pun belas kasihan, dikecewakan (dihina) oleh mentuanya dan menahan diri bila harta bendanya (kenderaan) dan persahabatan, ditikam dari belakang oleh kawan baik sendiri.



Masyarakat tidak tahu untuk membantu menguatkan semangatnya. Rata-rata ramai jatuh air mata, kesal dan rasa geram yang sangat mendalam melihat perjuangan BA hingga ke mahkamah syariah menuntut talaq dan dibiarkan menguruskan anak-anak sendirian (dibantu oleh keluarganya).

Maka bila Primavalet tiba-tiba mengorak langkah menjadikan BA sebagai dutanya dan dia dikehendaki mencari pasangan yang disukai hatinya untuk koleksi baju Melayu, merubah menjadi satu detik yang ditunggu untuk melihat darjatnya diangkat sebegitu mahal.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. BA bertemu dengan SS secara kebetulan selepas empat lagi calon yang dihubungi mempunyai komitment. 

Roda takdir seindah impian, kata orang lain pula, gara-gara berposing ala-ala pasangan sedang dibuai hangatnya cinta, mereka "terjerat" dalam situasi berkasihan yang tidak dijangkakan.

"Biarlah jadi orang keempat atau ke sepuluh sekalipun, pengakhirannya kami berdua saja di pentas ni," kata SS.



Malah satu negara pula sokong dan seronok melihat mereka mencipta bahagia dalam persahabatan mencari rezeki.

Semua kita tahukan, SS perlukan dana untuk disalurkan ke kawasan Parlimennya, Muar. Hendak pula ketika sekolah hendak memulakan sesi pembelajaran dan musim menyambut Aidilfitri hujung Mac 2025. 

Mahu tak mahu, SS perlu melakukan sesuatu usaha, Bagaikan bulan @ rezeki jatuh ke riba, satu panggilan daripada BA telah mengubah dairi kehidupannya sebagai wakil rakyat muda yang bijak mengambil risiko asal rakyatnya terbela.

Dari RM1 juta peruntukan baju Melayu dewasa dan kanak-kanak serta telekong ibu, sumbangan laptop untuk anak-anak B40 serta pemberian sumbangan di Muar dan Sabah di tempat kelahiran BA, akhirnya rakyat ditontonkan bagaimana pasangan itu berkerja keras bukan untuk diri dan keluarga mereka tetapi juga meringankan beban jiran-jiran mereka.

Opah tersenyum termeweh-meweh (senyum gembira dan bahagia), malah dalam minda Opah sekarang sekiranya parti politik Sabah bijak mengambil peluang, inilah masanya mereka membina usaha sama atau jalinan kerjasama dengan BA serta sedikit bantuan daripada SS dalam memikat hati rakyat/pengundi.

Sebab dikatakan Negeri Di bawah Bayu itu akan berdepan dengan pilihan raya negeri tidak lama lagi. - KitaReporters


10
13
0
10
0

Copy Link: