Video| Spiderman panjat kubah, bersihkan masjid! Jadi tarikan! Program gotong royong sempena Ramadan!

Published by
KitaReporters

.


Menjadi kebiasaan penduduk setempat melakukan gotong-royong untuk membersih dan mencantikkan masjid atau surau sempena kedatangan bulan Ramadan.

Seorang lelaki di Kabupaten Polewali Mandar, Sulawesi Barat, membuat kelainan ketika melakukan kerja gotong royong di Masjid Nurulhuda pada Rabu, 26 Februari 2025.



Lelaki yang dikenali sebagai Ali Jenk memakai pakaian adiwira Spiderman yang menarik perhatian ramai. 

Sesuai dengan kemampuan Spiderman, Ali Jenk merangkak dan memanjat kubah masjid bagi membersih dan mengecat kubah itu seorang diri.




Walaupun ada perasan gemuruh namun Ali Jenk tetap berhati-hati melakukan aksinya bagi mendorong orang ramai termasuk remaja untuk membantu membersih dan mengindahkan masjid dan surau setempat.

Orang ramai yang menyaksi dari jauh, ada yang menyangka memang terdapat betul-betul punya superman yang memanjat dan mengecat kubah masjid setinggi 30 meter itu tanpa mengguna alat bantu.




Ali Jenk, yang berasal dari Desa Barumbung, Kecamatan Matakali, bangga dapat melakukan kerja amal dengan cara tersendiri. 

Menurutnya dia ingin membuat kelainan dengan berpakaian seperti Superman dan membuat kerja yang biasa dilaku Superman dalam filem, TV atau komik.

Lalu Ali Jenk dengan berpakaian seperti Superman memanjat kubah masjid setinggi lebih dari 30 meter tanpa alat bantu. Dan ia menarik perhatian warga dan anak-anak yang menyaksikan ‘idola’ mereka beraksi. 

Tidak hanya fokus pada kubah, Ali Jenk bersama warga dan remaja masjid setempat turut membersihkan seluruh ruangan masjid. Mereka melakukan pengecatan dan pembersihan di setiap sudut, termasuk mimbar, karpet, sajadah, lantai, hingga tempat wuduk dan tandas.

Semua ini dilakukan agar jemaah yang datang beribadat selama bulan Ramadan berasa nyaman.




Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya lelaki bernama Ali Jenk ini. Dia pernah melakukan beberapa pelbagai aksi luar dari kebiasaan.

Ali Jenk pernah bermandikan tompokan sampah, sebagai bentuk protes tentang lambatnya kerajaan tempatan mengatasi masalah sampah di Polewali Mandar.

Dia juga pernah  melakukan aksi ditanam hidup-hidup selama 24 jam bersama kucing kesayangannya bernama Teroris. Ia untuk  menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) Kemerdekaan Republik Indonesia (RI) ke-77 pada 2022.

Pada 2017, dia juga pernah melakukan aksi menunggang motosikal dalam keadaan mata tertutup kain hitam dan tangannya digari pada ‘handle’ motosikal. Ia sebagai menunjukkan keprihatinan terhadap konflik kemanusiaan yang menimpa etnik Rohingya.

Selepas ini masyarakat Indonesia menanti apa lagi perkara sensasi yang ingin dilakukan oleh insan yang juga diberi gelaran ‘seniman gila’ ini. - KitaReporters


8
7
0
15
0

Copy Link: