MOHD. Syafiq Abdullah (tengah) bergambar dengan para wakil penerima program CSR Ramadan VFive pada Majlis Iftar Perdana VFive Group 2025 di Ampang, Selangor. - Kredit foto HI


VFive Group melebarkan inisiatif menyantuni umat Islam sempena bulan puasa Ramadan Al-Mubarak 2025 sehingga ke Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah di Arab Saudi serta di Indonesia.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) berbentuk infak dalam program Infaq Mahabbah Istimewa Ramadan yang diperkasa syarikat milik penuh Bumiputera ini dilaksanakan menerusi Yayasan VFive, lapor siaran medianya pada 14 Mac 2025.

Di dalam negara pula, yayasan berkenaan menjalin kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pelbagai institusi masjid, surau, madrasah, maahad tahfiz, institusi pendidikan dan seumpamanya di sekitar Lembah Klang.

“Program-program ini termasuk sumbangan 750 pek makanan iftar harian, sumbangan baju raya anak-anak yatim, singgah sahur, tajaan umrah dalam Ramadan dan edaran bubur lambuk,” lapor siaran itu.


WAKIL Rider Infaq Mahabbah Berkat Jumaat menerima replika sumbangan CSR VFive daripada Mohd. Syafiq (tiga dari kanan). - Kredit foto: HI


Pengarah Urusan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd. Syafiq Abdullah berkata, “segala inisiatif CSR yang dirangka bermatlamat mengurangkan beban golongan yang memerlukan agar sinar Ramadan dapat sama-sama dinikmati.

“Kehadiran Ramadan memang sarat dengan kemuliaan dan keberkatan justeru amat rugi jika kita tidak mengimarahkannya dengan beramal kebajikan kepada masyarakat,” katanya.

CSR ini jelasnya, selari dengan visi VFive untuk membantu dan sama-sama berkongsi rezeki dengan masyarakat yang memerlukan,” katanya dalam siaran berkenaan.

Majlis Iftar Perdana VFive Group 2025 iaitu acara tahunannya juga diadakan di sebuah hotel Ampang, Selangor pada 14 Mac 2025 sambil menyampaikan sumbangan infak mahabbah (infak kasih sayang) sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama insan.

Antara penerima sumbangan itu ialah Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam, Surau Al-Hilal Pandan Jaya, Surau Rahmaniah Taman Dagang, Maahad Tahfiz Nurul Yaqin Taman Cempaka dan Rumah Bakti Ulu Kelang Ampang.

Turut disampaikan ialah sumbangan menunaikan umrah kepada 39 kakitangan terpilih VFive sebagai penghargaan dan meneruskan keberkatan dan duit raya para kakitangan dan pasangan masing-masing mahupun ibu bapa mereka.


MOHD. Syafiq (dua dari kanan) dan Mohd. Rizal Mohd. Jaafar (kiri) bergambar dengan kakitangan VFive yang menjadi penerima sumbangan umrah. - Kredit foto: VF


Syafiq dalam ucapan sempena majlis itu, berkata, “Majlis Iftar Perdana VFive Group setiap kali Ramadan, merupakan satu wadah kita dalam mengimarahkannya selain simbolik penyampaian infak dan pelbagai kebajikan.

“Majlis ini mengangkat slogan ‘Syukur Nikmat’ yang ditekankan sebagai kunci utama mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Dalam konteks apa juga yang kita lakukan, aspek kerohanian sentiasa wajar menjadi tunjangnya,” katanya.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif  VFive, Datuk Dr. Mohd. Rizal Mohd. Jaafar: “Majlis ini menunjukkan semangat kekeluargaan yang telah terbina selama ini dalam VFive Group untuk terus membangunkan hasrat yang diamanahkan dan tugas yang disasarkan.

“Minggu ini kita memasuki fasa kedua Ramadan iaitu fasa keampunan dengan melipatgandakan usaha memohon keampunan Allah subhanahuwataala dan beribadat kepada-Nya.

“Ramadan yang dianugerahkan ini merupakan satu madrasah tarbiah yang benar-benar istimewa bukan sekadar untuk menahan lapar dan dahaga tetapi juga mengajar kita sabar dan bersyukur serta sentiasa beringat dalam memberi kepada mereka yang memerlukan,” katanya.


WAKIL Rumah Bakti Ulu Kelang, Ampang (dua dari kanan) menerima replika sumbangan CSR Ramadan VFive. - Kredit foto: HI 


MOHD. Syafiq (dua dari kanan) menyampaikan duit raya Aidilfitri kepada para pelajar Maahad Tahfiz Nurul Yaqin Taman Cempaka. - Kredit foto: VF 

10
13
0
11
0

Copy Link: