Video| Lain daripada lain! Hantaran barangan dapur! Penikahan konsep Rahmah pengusaha keropok lekor!
Published bySiti Masnida Abdul Malek bersama sebahagian barang hantaran.
Bagi kebanyakan orang majlis pernikahan dan resepsi cuba dilaku semeriah mungkin bergantung pada kemampuan kerana ia majlis sekali seumur hidup bagi kebanyakan insan.
Perkara yang biasanya menarik perhatian para hadirin adalah barangan hantaran yang diberi oleh kedua-dua belah pihak.
Mereka tidak mengunakan juruhias dan jurugambar profesional, sebalik hanya mengguna khidmat rakan-rakan.
Selain itu kedua-duanya sepakat menerima dan memberi hantaran barangan yang murah, tanpa barangan hantaran yang berjenama.
Bukan kerana tidak mampu kerana kedua-duanya adalah usahawan. Nida dan suami adalah pengusaha keropok lekor.
Pasangan pengantin bersama sejumlah barang hantaran
Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di di Manchis, Bentong, Pahang, Nida hanya mengeluarkan belanja sekitar RM50. Sementara suaminya mengeluarkan belanja cuma sekitar RM85.
Kebetulan pula Nida memang suka memasak.
Barangan hantaran itu dibungkus kemas dalam beberapa kotak. Nida menyediakan barangan itu dalam 7 dulang sementara pihak suami membalas dengan 5 dulang.Bagi hiasan pelamin dilakukan sendiri oleh Nida.
Sementara bagi baju pengantin untuk kedua-duanya hanya mengeluarkan belanja kurang RM600 di sebuah butik. Jika dihitung belanja yang dikeluarkan kedua-duanya tidak melebihi RM2,000.
Majlis resepsi hanya berlangsung sekali di rumah Nida dan suami tidak mengadakan majlis di rumahnya. Bagi menjimatkan kos kenduri ia dilaku secara rewang oleh penduduk kampung dan saudara-mara.
Pada mulanya pernikahan sedemikian kurang dipersetujui keluarga, namun akhirnya mereka faham.
Dengan menjimatkan belanja akad nikah, mereka menggunakan lebihan belanja untuk berbulan madu di Sabah dan masih ada berbaki dan diguna untuk simpanan. Yang penting mereka tidak berhutang untuk bernikah.
Nida turut menasihat para bakal pengantin yang ingin mengadakan pernikahan sepertinya.
"Ubah mentaliti yang mengatakan kerja kahwin perlukan belanja besar sedangkan banyak kos boleh kita kurangkan," katanya kepada media MStar. - KitaReporters