Video! 2 kematian husnul khatimah dalam tempoh 4 hari! Mengadap Ilahi ketika berzikir di masjid!
Published byMasyarakat Indonesia dikejutkan dengan dua kematian dalam keadaan husnul khatimah dalam tempoh 3 hari.
Pada Selasa, 2 Januari 2024, seorang imam bernama Andi Syamsul Bahri meninggal dunia dalam sujud sewaktu sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Al-Ulaa, Kampung Baru, Balikpapan di Kalimantan Barat.
Beberapa saat sebelum Emil Satria tersungkur dan meninggal dunia. - Kredit foto: IG kabarnegri
Saat kematian Emil dapat disaksi melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian dimuat naik dalam Instagram kabarnegri lalu tular. Ia turut menjadi bahan berita dalam beberapa media elektronik.
Dalam rakaman video berkenaan, terlihat Emil yang mengenakan baju dan kupiah berwarna putih kelihatan duduk sambil berzikir selepas menunaikan solat subuh berjemaah.
Emil yang merupakan penduduk Aceh Besar kemudian tersungkur bagaikan sedang sujud dan ia mengejutkan jemaah lain. Beberapa jemaah cuba membangunkannya, namun Allahyarham tidak menunjukkan respons.