Video| Alamak salah hari da! Lambat lagi hari nikahnya! Pengantin dah tak sabar sangat nak nikah ni!
Published byMAJLIS pernikahan merupakah majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang dan bermulalah hidup dengan pasangan suami isteri.
Namun berbeza dengan seorang pemuda yang dirakam dalam sebuah video dalam sedang bersiap dengan memakai baju Melayu untuk menikah pada hari tersebut sehingga menjadi bualan ramai netizen.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis pernikahan
Dikatakan lelaki ini telah ditegur oleh kakaknya sendiri kerana lengkap berbusana baju Melayu sedangkan belum lagi tarikh nikahnya.
Rupa-rupanya kerana terlalu gembira dan tidak sabar, pengantin lelaki sampai boleh terlupa tarikh sebenar majlis pernikahan dan terus menanggalkan busana nikahnya semula di dalam bilik kerana malu.
Kakaknya yang terdengar dalam video tersebut menyatakan bahawa perkahwinan itu akan berlangsung pada hari Jumaat dan hari ini baru hari Isnin.
Oleh sebab itu, ramai netizen dilihat video ini dan geli hati apabila melihat gelagat pengantin lelaki dengan berbusana baju Melayu dan memakai spek mata hitam.
Aduilah, tak sabar sangat nak bergelar suami tu, selamat menjadi ketua keluarga! - KitaReporters