Kerusi roda: Terima kasih YB! Tapi ayah perlukan bantuan JKM
Published by``SAYA amat
bersyukur kepada Allah dan saya juga ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada
Datuk Abd Halim Jusoh yang memberi sumbangan kerusi roda ini kepada kedua-dua orang
tua saya mengalami penyakit kronik,’’ kata Maznah Sulaiman, 30, yang tinggal di
MAZNAH Sulaiman berada di sebelah Hasmah Ismail sambil memegang kerusi roda yang disumbang oleh Abd Halim Jusoh di rumahnya di Kampung Alur Pasir, Bintang, Setiu, Terengganu.
Lagi cerita-cerita berkaitan warga emas:
https://kitareporters.com/search?search=warga+emas
Kegembiraan Maznah terucap kerana kerusi roda ,yang disumbang oleh Abd Halim yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Permaisuri pada 4 Oktober 2020 lepas itu, amat bermakna buat beliau bersama adik beradiknya.
Ibunya, Hasmah Ismail, 77, kini terlantar di katil kerana menghidapi penyakit kanser usus dan ketumbuhan dalam perut sejak sembilan tahun lalu, manakala bapanya, Mat Kadir berusia 83 tahun tidak dapat berjalan seperti biasa akibat penyakit buah pinggang sejak hampir dua tahun lalu.
Pergerakan kedua-dua ibu
bapa Maznah sebelum ini terpaksa dipimpin dan adakalanya didukung
oleh anak-anaknya apabila kedua-dua warga emas itu mahu ke bilik air ataupun bergerak ke sana sini
di dalam rumah.
MAT Kadir
``Tetapi dengan adanya kerusi roda, ini akan kurang menyusahkan saya serta adik beradik lagi kerana saya hanya perlu mengangkat dan meletakkan sama ada ibu atau bapa saya di atas kerusi roda sahaja kemudian ditolak,’’ kata Maznah yang merupakan menantu kepada pasangan warga emas tersebut.
Kerusi roda berserta sedikit wang sumbangan telah diserahkan oleh Pegawai Khas ADUN berkenaan, Mohd Badrol Hisham Mohammad di rumah warga emas itu di Kampung Alur Pasir, Bintang.
MOHD Badrol Hisham Mohammad (kiri) sedang berbual dengan Mat Kadir di Kampung Alur Pasir, Bintang, Setiu.
Sebelum ini, Hasmah yang hidup terlantar di katilnya pernah mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan; Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu; dan Hospital Daerah Setiu.
Begitu juga dengan Mat Kadir yang turut mendapat rawatan yang sama di hospital tersebut akibat penyakit buah pinggang dan sekarang ini warga emas itu tidak dapat berjalan lagi seperti biasa.
``Sekarang ibu bapa saya tidak mahu lagi pergi ke hospital dan mungkin mereka fikir mereka sudah tua kerana sebelum ini ibu bapa sudah banyak kali mendapat rawatan di hospital.
``Hidup mereka berdua itu hanya bergantung dengan ubat yang diberi oleh doktor dan minum air susu sahaja dan makanan lain ibu bapa tidak berselera,’’ ujar Maznah.
Mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), beliau berkata ibunya telah mendapat bantuan JKM daerah Setiu sebanyak RM200 sebulan sejak lima tahun lalu, tetapi ayahnya pula tidak mendapat bantuan tersebut walaupun beberapa kali beliau memohon bantuan berkenaan di jabatan itu.
MAZNAH menunjukan lampin pakai buang yang digunakan kedua-dua ibu bapanya
``Kalaulah ayah mendapat bantuan itu akan meringankan beban perbelanjaan kami kerana kedua-dua ibu bapa saya buat masa ini masing-masing memakai lampin pakai buang dan dalam seminggu saya terpaksa membeli 10 bungkus lampin itu yang berharga RM130 dan dalam masa sebulan saya terpaksa belanja panpers RM520.
``Ia tidak termasuk susu tepung berjenama Ensure dan harga susu tepung ini berharga RM98 satu tin seberat 850 gram dan setiap bulan saya membeli tiga tin untuk mereka,’’ katanya. - KitaReporters