Video| Selepas kematian Benjy, drama KCS kembali trending! Ramai peminat mula rindukan Jibek!
Published byKematian pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada Ahad, 11 Julai, 2021 lalu bukan sahaja dirasai ahli-ahli keluarga dan kalangan penggiat seni sebaliknya turut ditangisi ramai peminat.
Malah, peminat mula melepaskan kerinduan mereka terhadap pelakon anak Allahyarham Azean Irdawaty itu dengan menonton semula lakonannya dalam drama bersiri ‘Kerana Cintaku Saerah’ (KCS) yang pernah menjadi fenomena semasa ditayangkan slot Samarinda, TV3 pada 2007 lalu.
Ia secara tidak langsung menjadikan drama itu kini kembali trending dalam saluran Youtube dan menjadi carian popular serta kembali diperkatakan terutama mengenai lakonan Benjy sebagai Jibek, seorang pemuda lembam.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan Benjy
Kredit foto: NST
Foto kenangan Benjy bersama adik-adiknya, Elza Irdalynna (tengah) dan Inessa Irdayanty.
Selain dipenuhi dengan ucapan takziah dan doa untuk Allahyarham, ruang komen saluran yang menyiarkan siri drama itu turut menjadi medan peminat meluahkan kesedihan serta kerinduan mereka terhadap Jibek.
Seorang peminat, Salinas Dean menulis: “Saya datang sini (menonton semula KCS) sebab ingatkan arwah Benjy. Lakonan yang sangat berkesan, semuga arwah tenang di sana, a great loss (kehilangan besar). Hanya Allah yang tahu terbaik untuk hamba-Nya.”
Al-fatihah buat Jibek… rindu Jibek, tu yang mai (datang) sini tengok balik cite (drama) ni.”
Shaz Sha yang turut mengakui kembali menonton drama berkenaan selepas kematian Benjy turut menulis: "Kematian Allahyarham Benji membawa aku sampai ke sini. Apakah rahsia Allah SWT, kematiannya disebut-sebut dan dirasai oleh semua yang mengenali arwah?
“Allah SWT dah aturkan yang terbaik padanya untuk berada di penjara, dia dapat beribadah dan fokus pada agama, tapi kita di luar belum tentu dapat masa yang banyak macam arwah. Berehatlah wahai Benjy, sedih sangat macam ahli keluarga sediri yang meninggal. Allahuakbar”
Sementara itu Al-Amir Muhammad Afiq pula menitipkan kata-kata: “Al-Fatihah buat Jibek… rindu Jibek, tu yang mai (datang) sini tengok balik cite (drama) ni.”
Seorang lagi peminat yang menamakan dirinya sebagai Noor Rodriguez pula menulis: “Berita kematian Benjy membawa saya ke sini (menonton semula KCS). Semuga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.”
Berikut beberapa lagi luahan peminat yang ternyata amat merasa kehilangan Benjy:
Syuhaida Saad: Watching it after the news of Allahyarham Benjy. May you rest in peace. (Menontonnya (drama KCS) selepas mendapat berita (kematian) Allahyarham Benjy. Semoga engkau berehat dengan damai)
Melia Rahman: Siapa kat sini (menonton KCS), lepas dapat tahu Benjy meninggal dunia? What a talent! No one can replace him. (Bakat luar biasa! Tiada sesiapa dapat menggantikannya).
3 raionbow: Terus datang sini (menonton KCS) selepas dapat berita Benjy sudah tiada..minat sangat drama ni..lagunya sangat sedih.
Zes Baharom: Rindunya dengan Benjy. Aku selalu doakan yang terbaik buat kau Benjy. Ko (kau) memang bes (bagus) bila berlakon.
Rosilawati Abdrahman: Arwah Benjy yang sangat hebat lakonannya…datang ke sini (menontok KCS) untuk melihat kehebatan itu sekali lagi. Al fatihah.
Mission 34: Bila Benjy meninggal dunia teringat lakonan dalam drama nih (ini).
Rich Well Empire 2769: Berita kematian bawa aku ke sini (menonton KCS). Nama cerita disebut dalam channel Youtube, terus cari sebab nak sangat tengok cerita lakonan arwah. Mana-mana stesen tv buat la tribute (penghargaan) cerita arwah.
Rosyati Ahmad: Bila tengok drama ni semula, watak arwah, lagu dalam cerita, sebak dan sedih sangat rasanya. Al fatihah.
Lemangperiukera: Masih terasa dengan pemergiannya…kita ada anak istimewa macam (Jibek) ni la…sebak.
Lakonan Benjy sebagai Jibek, seorang pemuda lembam meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.
Sementara itu beberapa orang peminat turut mencadangkan agar TV3 menayangkan semula drama itu.
“TV3 tak nak ulang siar drama ni kt tv ka? Asyik ulang drama yang 2-3 tahun lepas je,” tulis Nasruddin Zainal.
Noname 88 pula menulis: "Äl-Fatihah, pelakon berbakat, dua kali menang pelakon drama lelaki terbaik…Anugerah Skrin 1996 dan 2003, ertinya bakatnya memang hebat. Harap TV3 tayang drama lakonan arwah.”
Seorang lagi peminat yang menamakan dirinya Abe Is turut menyarankan agar stesen televisyen itu menayangkan semula drama berkenaan.
“TV3 siarkan kembali drama ni daripada duk ulang drama cintan cintun anak Dato bagai,” tulisnya.
Tidak kurang peminat yang melihat perjalanan hidup Benjy sepanjang menjalani hukuman penjara di Indonesia sebagai hikmah kepada Allahyarham.
“Pelakon yang hebat, serba boleh. Allah lebih sayangkan Benjy. Biarpun dipandang hina pada mata manusia, tapi mulia di sisi Ilahi… Semoga segala amalan kebaikan Benjy diterima, Aamiin,” tulis P-Dausbhp Channel.
Lakonan mantap Benjy dan Noorkhiriah menyebabkan drama 'Kerana Cintaku Saerah' mencetuskan fenomena.
Cara dia meninggal lagi mulia daripada kita yang belum tentu lagi kesudahannya macam mana.
“Walaupun arwah ikut jalan yang salah sewaktu hidupnya namun begitu ramai yang mendoakan arwah selepas kematiannya. Subhanallah… Allahuakbar, sesungguhnya Allah sajalah yang mengetahui, semoga khusnul khotimah buat arwah Benji. Berehatlah Benji,” tulis Blink88 Star pula.
Sementara Adam Mukhriz berkata beliau sangat bersimpati apabila mengetahui Benjy ditahan namun menganggap pelakon itu mengakhiri kehidupannya dengan cara mulia.
“Sejujurnya saya peminat Benjy, dapat berita dia kena tahan pun kasihan, bila dalam tahanan rasa macam baru sahaja dia kena tahan. Tapi siapa sangka dah empat tahun dia terseksa di dalam (penjara) tu. Cara dia meninggal lagi mulia daripada kita yang belum tentu lagi kesudahannya macam mana,” kata Adam.
Drama ‘Kerana Cintaku Saerah’ arahan Shahrulezad Mohameddin mengisahkan Jibek (lakonan Benjy), pemuda lembam yang berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida) sejak kanak-kanak dan berjanji akan berkahwin apabila dewasa.
Namun, cinta Saerah berubah selepas kedatangan Mustaza (Ezany Nizariff) ke kampung itu sehingga mereka terlanjur, menyebabkan Saerah mengandung anak luar nikah dan Mustaza pula meninggalkannya.
Bagi menutup malu, Saerah berkahwin dengan Jibek tapi selepas habis berpantang, Saerah lari ke Kuala Lumpur, meninggalkan Jibek dan anaknya, Suraya.
Benjy selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Pasar 4, Klambir Lima Kampung, Medan, pada Isnin, 12 Julai, 2021 - Kredit foto: SENIMAN.
Watak Jibek meninggalkan kesan mendalam kepada jiwa penonton. Selain bersimpati dengan keadaan dirinya yang tidak sempurna, penonton amat tersentuh hati dengan kesengsaraan Jibek kerana dipermainkan oleh Saerah.
Apatah lagi drama itu turut diperkuatkan lagi oleh lakonan mantap Noorkhiriah yang membawa watak Nomi, seorang gadis lembam yang menjadi teman baik dan tempat Jibek mengadu.
Pelakon lain yang menjayakan drama itu adalah Wan Maimunah, Sharifah Sahora, Isma Yusof, Ku Faridah dan Amy Suraya.
Benjy, 43, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Royal Prima, Medan, Indonesia, jam 11 pagi (waktu Indonesia) Ahad, 11 Julai 2021 akibat diserang asma.
Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Pasar 4, Klambir Lima Kampung, Medan, kira-kira pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia) pada Isnin, 12 Julai, 2021.
Al-Fatihah untuk kedua-dua Azean dan Benjy. – KitaReporters
Allahyarham Benjy mewarisi bakat lakonan ibunya, Allahyarham Azean Irdawaty. - Kredit foto: Twitter Elza Irdalynna.