Salah seorang penduduk kelainan upaya menerima bantuan barangan keperluan asas bagi mereka yang terjejas akibat COVID-19 daripada Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim (dua dari kiri) pada majlis yang berlangsung di Pangsapuri Angsana USJ 1,Subang Jaya,Selangor. - Kredit Foto: FB Jabatan pembangunan Masyarakat MBSJ.


DALAM usaha membantu meringankan beban penduduk miskin dan kurang mampu yang terjejas akibat pandemik COVID-19, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meneruskan misi sumbangan bantuan kemasyarakatannya bagi tahun 2021 ini.

Mereka yang terpilih menerima bantuan berkenaan merupakan penduduk di bawah kategori B40 termasuk individu kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, golongan asnaf dan warga emas.

Bahan-bahan bantuan yang diagihkan melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ merupakan barangan keperluan asas termasuk beras, tepung, gula, bihun, biskut, susu, sardin, kicap, minyak masak dan beberapa barangan lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan MBSJ:

https://kitareporters.com/search?search=mbsj



Untuk tempoh seminggu dari 24 Januari hingga 31 Januari 2021 lalu, seramai 130 individu dari beberapa kawasan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) MBSJ menerima sumbangan tersebut secara berasingan. 

Agihan bantuan disampaikan oleh Ahli-Ahli Majlis yang juga pengerusi MPP zon berkenaan, menurut laporan laman media sosial Jabatan Pembangunan Masyarakat MBSJ pada Ahad 31 januari 2021.


Tarmizi Lazim (kanan) menyampaikan bantuan COVID-19 sumbangan Majlis Bandaraya Subang Jaya kepada salah seorang penerima di Kampung Bukit Lanchong.


Bagi kawasan MPP Zon 7 MBSJ, seramai 30 individu terpilih merupakan golongan asnaf, pesakit kronik dan OKU penduduk Kampung Bukit Lanchong menerima bantuan barangan keperluan asas tersebut melalui dua sesi agihan yang diharap dapat membantu meringankan beban semasa pandemik COVID-19 ini.

Agihan bantuan yang dilakukan dari rumah ke rumah disampaikan oleh Ahli Majlis MPP Zon 7, Tarmizi Lazim dan Ketua Kampung Bukit Lanchong, Azmi Hashim pada Sabtu 30 Januari dan Ahad 31 januari 2021. 

Melalui aktiviti tersebut para penerima dapat berkenal mesra dengan ahli majlis dan ketua kampung di samping menyatakan berbagai masalah yang dihadapi secara terus.


Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim (tengah) berbincang dengan beberapa orang penerima bantuan barangan asas COVID-19 di Pangsapuri Meranti USJ, Subang Jaya selepas beliau menyampaikan sumbangan tersebut.


Seramai 70 individu terdiri dari OKU, warga emas, ibu tunggal dan asnaf yang tinggal di Pangsapuri Angsana Blok A/B, Pangsapuri Angsana Blok C/D dan Pangsapuri Meranti,USJ 1 Subang Jaya yang layak merupakan penerima bantuan bagi kawasan MPP Zon 4.

Ahli Majlis MPP Zon 4, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim menyampaikan sumbangan bantuan berkenaan yang berlangsung dalam suasana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)  arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara melalui tiga sesi agihan di dua tempat berasingan pada Khamis 28 Januari dan Ahad 31 januari 2021.


Salah seorang penduduk Pangsapuri Melor, Taman Puchong Prima yang terjejas akibat COVID-19 menerima bantuan barangan keperluan makanan asas dari  Aniza Jamaludsdin (dua dari kiri). 


Dalam pada itu, seramai 30 penduduk kategori B40 di Pangsapuri Melor, Taman Puchong Prima yang terjejas akibat pandemik COVID-19 merupakan penerima bagai MPP Zon 14 yang disampaikan oleh Ahli Majlis MBSJ, Aniza Jamaluddin bersama ahli jawatankuasa.

Melalui sumbangan tersebut beliau berharap dapat meringankan beban dan tekanan yang terpaksa dihadapi keluarga berkenaan

Tahniah dan terima kasih kerana misi kemasyrakatan MBSJ sedikit sebanyak mampu meringankan beban para penerima dalam menghadapi keadaan semasa yang agak gawat sekarang. - KitaReporters


Majlis penyampaian sumbangan bantuan COVID-19 Majlis Bandaraya Subang Jaya untuk penduduk Pangsapuri Meranti USJ, Subang Jaya disampaikan oleh Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim (tiga dari kanan).


Salah seorang penerima bantuan COVID-19 di Pangsapuri Melor,Taman Puchong Prima (kanan) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk Zon 14, Majlis Bandaraya Subang Jaya.

0
1
0
1
0

Copy Link: