MESKIPUN 40 tahun berlalu dan empunya diri juga sudah tiada dalam alam fana ini, namun gaun yang pernah disarungkan oleh nya itu kini masih mendapat perhatian.

Busana pengantin yang elegan disarungkan oleh mendiang Puteri Diana ketika itu usianya 20 tahun pada majlis perkahwinan pada Julai 1981 itu kini menjadi tatapan umum selepas dua puteranya memberi keizinan untuk dipamerkan di Istana Kensington.

Perkahwinan pasangan diraja itu menjadi perhatian dunia dan sehingga saat ini gaun yang digayakan pada hari bahagia  itu kekal kelihatan elegan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Puteri Diana


Memetik laporan BBC, busana rekaan David dan Elizabeth Emanuel itu mula dipamerkan pada Khamis, 3 Jun 2021 sehingga awal Januari 2022

Wah beruntungnya siapa berpeluang melihat gaun ikonik yang elegan sepanjang 7.6 meter itu.

Maklumlah gaun yang dihasilkan menggunakan kain renda milik Ratu Marry yang merupakan nenek kepada Ratu Elizabeth II itu merupakan busana pengantin paling terkenal dalam sejarah perkahwinan di Britain.



Penganjur pameran, Royal Style in the Making menyatakan pameran itu dibuat sebagai memperingati momen ulang tahun ke-40 pernikahan Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981 selain 1 Julai 2021 pula merupakan ulang tahunnya yang ke -60.

Menariknya dalam pameran itu patung yang menyerupai Puteri Diana akan ‘muncul’ menunggu kehadiran pengunjung di Taman Sunken, Istana Kensington

Malah pada hari berkenaan dua puteranya, Putera William dan Putera Harry dijangka melancarkan pembukaan pameran berkenaan.

Selain barangan milik Puteri Diana turut ditampilkan dalam pameran berkenaan adalah beberapa busana yang pernah digayakan oleh Ratu Elizabeth dan adiknya, Puteri Margaret. - KitaReporters


2
0
0
0
0

Copy Link: