Kerana bluetick WhatsApp je! Isteri dijatuhkan talak, dituduh curang! Anak dan ibu bapa bergaduh!
Published byPENCERAIAN sering berlaku berpunca kerana kes remeh-temeh dan ada yang tidak masuk akal. Alasan paling popular dalam kes pasangan bercerai ialah tiada persefahaman suami isteri.
Secara purata, dianggarkan lebih 50 peratus fail kes menjadikan ia salah satu alasan utama. Alasan kedua popular ialah kedua-dua belah pihak telah mempunyai kata sepakat untuk bercerai.
Apakah yang terjadi dalam masyarakat sehingga perceraian menjadi seperti perkara mainan sahaja. Apabila berlaku perceraian, sama ada kita ingin akui atau tidak, anak yang paling kuat menerima kesannya. Anak mangsa cerai terpaksa tinggal dengan ibu atau bapa.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan perceraian
Tular dalam Twitter perkongsian Dr Hazreen A. Rasyid bagaimana bluetick dalam WhatsApp boleh menyebabkan permasalahan sesebuah perhubungan sehingga boleh menghancurkan dan memusnahkan kepercayaan seseorang.
Daripada kisah seorang gadis dalam Twitternya berkongsikan bagaimana isu bluetick menghancurkan rumah tangga ibu bapanya.
Ibunya meletakkan telefon di dalam bilik dan pergi membancuh kopi, pada waktu itu si bapa telah menghantar mesej kepada ibunya tetapi mesej tersebut dilihat oleh ayahnya bluetick sebelum si ibu membalas WhatsApp tersebut. Lebih mengejutkan ayahnya menuduh si ibu berlaku curang kepadanya.
Lebih parah si ayah telah melafazkan lafaz cerai kepada si ibu melalui WhatsApp. Keesokan harinya si bapa menyesal dan memohon maaf. Namun kesilapan ini tidak boleh diundur.
Oleh kerana perkongsian doktor ini dalam Twitter, terdapat anak-anak yang meluah rasa terkilan apabila dituduh lupa keluarga selepas tidak membalas WhatsApp.
Sedangkan anak-anak sedang sibuk dalam waktu pejabat dan pastinya tekanan sedemikian rupa boleh menganggu emosi sesiapa sahaja.
Ingat, sebelum kita melakukan apa-apa keputusan jangan bertindak melulu seperti ini. Jangan ikutkan perasaan atau apa sahaja, fikirkan perhubungan kita yang sudah lama dibina.
Disebabkan hal bluetick sahaja, sesebuah perhubungan itu boleh hancur begitu sahaja. - KitaReporters