Video| Kisah ular di India! Pesawah dipatuk, gigit mati ular! Suami dipatuk, gigit pula isteri!
Published byAmbik kau.....mungkin itu yang diluahkan oleh Badra ketika membalas dendam.
SELALU dalam laporan berita, cerita ular patuk manusia itu perkara biasa. Tapi kali ini, seorang lelaki di India yang dipatuk ular mengambil keputusan menangkap ular itu balik dan mengigitnya sampai haiwan itu hilang nyawa sebagai balas dendam. Satu perbuatan yang agak menggerunkan.
Dalam kejadian yang berlaku di Odisha, Daerah Jaipur, lelaki itu, Kishore Badra, 45, seorang asli dari kampung pedalaman Gambharipatia di Salijanga Panchayat sedang berjalan pulang ke rumahnya selepas bekerja di sawah padi pada Rabu malam, 11 Ogos 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular
Kishore Badra
Tiba-tiba dia terasa sesuatu mengigit kakinya. Rupa-rupanya ular tendung sedang mencengkamkan taring pada kakinya. Apalagi dia yang sangat `geram`, tiba-tiba hilang rasa takut terus memegang haiwan itu dan digigitnya balik sampai haiwan itu hilang nyawa.
"Saya geram dan mahu balas dendam. Tengoklah siapa yang mati dulu," katanya kepada akhbar India Today.
Menceritakan kejadian itu, Badra berasa ada `benda` yang gigit kakinya ketika dia berjalan kaki ke rumahnya dan apabila disuluh dengan lampu, seekor ular berbisa `melekat` pada kakinya.
Jadi sebagai balas dendam, dia terus memegang ular itu dan mengigit berulang kali sehingga membunuh haiwan tersebut.
Selepas kejadian itu, dia pulang membawa bangkai ular itu ke rumahnya dan memberitahu isterinya. Beberapa jirannya menasihatkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi dia enggan. Sebaliknya dia bertemu dengan perawat tradisional dan dilaporkan selamat.
Kishore Badra dilihat menggigit ular yang menggigitnya. - Kredit foto: Ritz Magazine India
Sementara itu dalam kejadian lain pula, malang bagi seorang penduduk yang dikenali Shankar Rai di perkampungan Birsingpur yang juga digigit ular ketika sedang tidur melepaskan `geram` dengan mengigit tangan isterinya kerana mahu mati bersama-sama.
Akhbar Gulf News melaporkan kejadian itu berlaku di Samastipur pada Sabtu 14 Ogos 2021.
Sebaik mangsa bangun daripada tidurnya dan mendapati kesihatannya semakin teruk, dia terus mencari isterinya Amiri Devi dan mengigit tangan wanita itu. Dengan harapan membawa isterinya mati bersama-samanya.
Selepas gigitan maut itu, pasangan itu pengsan dan dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, doktor dapat merawat wanita itu, manakala Shankar meninggal dunia.
"Wanita itu dapat diselamatkan kerana mendapat rawatan tepat pada masanya." demikian kata Dr Jaykant kepada media semalam.
Amiri Devi dalam kenyataannya memberitahu suaminya mengigit urat nadinya sambil memberitahunya, mahu mati bersama-samanya dan mereka akan `bersama` di akhirat. Malangnya niatnya gagal.
"Dia beritahu terlalu sayang sangat dan mahu kami mati bersama-sama, sebelum dia tarik tangan saya dan mencengkamkan giginya ke nadi. Saya memang benarkan dia buat begitu," katanya.
Video yang menjadi viral,menunjukkan Vadivel makan ular. - Kredit foto: Gambar daripada rakaman video.
Dalam kes ketiga pula, seorang lelaki hanya dikenali sebagai Vadivel yang viral videonya memakan ular di perkampungan Perumalpatti, Daerah Tirunelveli, di Tamil Nadu ditahan pada 28 Mei 2021 lalu walaupun dia memberi alasan bisa haiwan itu sebagai antidot untuk wabak yang melanda dunia sekarang.
Ketika video itu tular, beberapa wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang juga pencinta alam sekitar membuat laporan polis dan dia kemudian didenda Rs7,500 (RM45). NGO itu memberi alasan memakan haiwan berbisa akan memberi kesan tidak baik pada badan.
Vadivel memberitahu India Today, dia menangkap ular itu di padang dan membunuhnya sebelum memakan kerana percaya dapat membantu mendapat antidot `kuat` melawan penyakit yang teruk melanda dunia sekarang termasuk di India. - KitaReporters