Disebat di khalayak ramai! Pasangan berzina disebat 100 kali! Lelaki anjur judi kena 18 kali!

Published by
KitaReporters

Muis Syahputra meminta algojo berhenti menyebatnya beberapa kali kerana tidak tahan sakit. - Kredit foto: Serambi News

PASANGAN yang terbukti melakukan zina menjalani hukuman sebat 100 kali setiap seorang di Pusat Islam Aceh Tamiang, Aceh pada Isnin, 12 April 2021 dengan disaksi oleh orang ramai.

Kakitangan kerajaan itu dikenali sebagai Muis Syahputra, 43, sementara pekerja sambilan dalam bahagian pembersihan juga berusia, 43, dikenali sebagai Sumanti. Masing-masing sudah mempunyai keluarga.

Kedua-duanya didapati bersalah berzina berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah Kuala Simpang pada 22 Mac 2021.


Lagi berita-berita menarik berkaitan Aceh

Rasa sakit disebat sebagai pengajaran kepada orang yang melakukan kesalahan. - Kredit foto: ANTARA

Pasangan ini dinyatakan bersalah melanggar Pasal 37 Perkara(1), (2) dan (3) Kanun Aceh Nombor 6/2014 tentang Hukum Jenayah.

Kedua-duanya ditangkap oleh polis agama Aceh Tamiang di pusat sukan Kuala Simpang pada 25 Januari 2021 kira-kira jam 9 malam.

“Kedua-duanya dijatuhi hukuman sebat 100 kali tanpa dikurangi masa tahanan,” kata Ketua Bahagian Syariat Islam Aceh Tamiang, Syamsul Rizal.

Proses hukuman berjalan lancar, meskipun kedua-duanya terlihat gementar menahan sakit.


Muis dan Sumanti ditangkap berzina pada 25 Januari 2021.

Muis Syahputra beberapa kali meminta algojo (tukang sebat) memberhentikan sebatan seketika. Ketika sebatan 20 terakhir, Muis terlihat banyak minta minum dan berjongkok di atas pentas hukuman.

Syamsul menjelaskan jumlah yang menjalani hukuman hari itu sebanyak tiga orang. Selain Muis dan Sumanti, seorang lagi dikenali sebagai Suhery berusia 52 tahun.

Suhery dihukum sebat 18 kali setelah dipotong masa tahanan. Dia didapati bersalah kerana menyediakan tempat perjudian. - KitaReporters

5
0
2
0
1

Copy Link: