Suasana suka dan duka sebelum majlis dan pada hari akad nikah.

Meniti gerbang perkahwinan dengan orang tersayang dinanti dengan penuh debaran agar majlis yang menyatukan kedua-duanya dapat berjalan lancar.

Namun Tuhan menentukan segalanya. Apa yang diingin tidak seperti diharapkan jika Tuhan tidak mengizinkan.

Annisa Putri sudah empat hari menjalankan upacara sebelum pernikahan mengikut adat Jawa termasuk upacara bersiram tetapi pada hari kelima dia menerima khabar duka apabila bakal suaminya meninggal 16 jam sebelum majlis akad dijalankan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan



Bakal suaminya Dzulfikar Attras Maulana, 25, iaitu seorang bakal doktor meninggal dunia secara mengejut 16 jam sebelum majlis akad nikah dijalankan.

Dzulfikar merupakan bakal doktor yang sedang mengikuti kuliah dalam bidang kedoktoran di Falkulti Kedoktoran, Universiti Muhamadiyah, Jakarta (UMJ). Dzulfikar dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, 13 Mac 2021.




Annisa Putri begitu bersedih dengan kejadian yang berlaku. Dengan bantuan keluarga, dia membawa mas kahwin yang berupa empat batang emas tulen dan sejumlah barang hantaran di kubur Dzulfikar seperti majlis akad nikah hendak dijalankan di tanah perkuburan. Hantaran itu turut dicatat nama pasangan tersebut. 

Annisa tidak henti menangis kesedihan melihat Dzulfikar dikebumi dan memeluk papan tanda nama si mati. 

Keluarga kedua-dua pihak menyaksikan perkebumian itu. Beberapa wakil pihak Fakulti Perubatan UMJ  turut menyaksikan majlis pilu itu.



Sebagai dokumentasi kenangan, Annisa mengabadikan situasi beberapa hari menjelang pernikahan dan kenangan ketika bercinta dengan Dzulfikar.

Gambar video itu sempat dirakam oleh beberapa media, namun pada Rabu, 17 Mac 2021 lalu TikTok @papiule dijadikan privat oleh pemiliknya.

Menurut laporan Tribune.com, ketika TikTok @papiule masih aktif video ini telah ditonton oleh 4.7 juta kali. - KitaReporters


2
0
0
3
1

Copy Link: