Semua nak tengok wajah anak Fazura! Tak perlu tohmah sumbing!
Published bySUDAH dua bulan pasangan popular Nur Fazura dan Fattah Amin dikurniakan permata hati sulung mereka yang dinamakan
Nur Fatima Aisya tetapi sehingga kini wajah penuh anak comel itu masih belum didedahkan kecuali sipi-sipi sahaja. Ekoran itu, timbul tohmahan daripada seorang wanita mungkinkah kerana puteri mereka itu sumbing? : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan Fazura:
https://kitareporters.com/search?search=fazura
Tohmahan itu dimuat naik menerusi ruangan komen Facebook sebuah portal hiburan namun seperti yang dijangka ramai yang sebaliknya mengecam wanita berkenaan dan anggap kenyataan itu berbaur ‘body shaming’ dan harus diambil tindakan.
“Anak dia sumbing agaknya,” tulis wanita berkenaan namun mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen lain seperti ‘amboii mulut makcik, kalau tak ada benda baik nak cakap baik diam.’
Paparan komen-komen. - Kredit foto: Rotikaya.
Nur Fatima Aisya selamat dilahirkan oleh Fazura atau lebih mesra disapa Faz pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020 iaitu penghulu segala hari bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah.
Sejak dilahirkan, hanya sekali Fazura memuat naik bayinya itu selepas lebih sebulan, namun pada bahagian sipi sahaja waima dilindungi tangannya.
Dan sehingga sekarang pun pasangan ini belum bersedia memperlihatkan wajah penuh puteri kesayangan mereka itu di mana terbaharu melalui video yang dimuat naik pada laman instagram @fattzuralovelife dipaparkan jari jemari Nur Fatima yang ditenangkan Fazura ketika mendapat suntikan pertama pada usia 2 bulan pada 2 Disember lalu.
Malah beberapa lagi gambar yang di muat naik hampir kesemuanya tidak memperlihatkan wajah Nur Fatima Aisha.
Sehingga kini, baik Fazura mahu pun Fattah belum memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut selepas laporan berbaur hinaan itu dilaporkan beberapa portal hiburan.
Pasti pasangan selebriti popular ini ada alasan tersendiri untuk tidak mengkomersialkan wajah putri kesayangan mereka itu seperti yang lazimnya dihebahkan artis-artis lain yang baharu menimang cahaya mata pertama.
Kredit foto: Instagram @fattzuralovelife.
Apa pun, sebagai umat Islam, seharusnya kita menjauhkan diri daripada sifat sangka buruk kepada manusia sehingga tidak lagi mempedulikan aib dan kekurangan individu tersebut.
Jangan kerana mulut badan binasa tau!
ISesungguhnya, Islam menggalakkan umatnya supaya mendahulukan bersangka baik (husnuzon) daripada cepat bersangka buruk waima hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. Wallahualam!
Terbaharu, pasangan romantis ini dilihat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga sebagaimana yang dimuat naik dalam laman instagram masing-masing.
Fattah Amin, 30, memperisterikan Nur Fazura Sharifuddin, 37, pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel waima Fazura disahkan hamil selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sabar ya Fazura, Fattah! - KitaReporters