Demimu murid-murid! Guru tetap gigih sehingga ke hujung nyawa
Published bySEBUT sahaja cikgu jelas terbayang susuk tubuh di hadapan kelas sambil mulutnya lembut mengeluarkan patah kata-kata, biarpun ada yang ‘membenci’ dengan ketegasan itu namun semua itu bagi memastikan anak didiknya menjadi ‘seorang’ manusia. Hari ini dunia dilanda dengan Covid-19, tugas guru tetap tidak pernah berhenti bekerja. : KitaReporters
GIGIH siapkan tugas walaupun dirinya sedang sedang berperang dengan kesakitan. - Kredit foto: nextshark.com
Lagi kisah-kisahg menarik berkaitan cikgu:
https://kitareporters.com/search?search=cikgu
Ini kerana walaupun jasadnya tiada di sekolah tapi seawal pagi lagi ‘buah tangan’ daripadanya tidak pernah ketinggalan walaupun melalui pengajaran dalam talian.
Itulah guru walaupun ada ketikanya kerap kita mendengar tugas guru sering pertikaikan, hanya Dia yang tahu mulianya tugas itu!
LUAHAN Sandra mengenai bapanya yang terlalu cintakan kerjaya dan sanggup korban diri sendiri. - Kredit foto: Facebook Sandra A. Venegas.
Baru-baru tular kisah seorang guru yang gigih ‘bekerja’ walaupun berada di katil hospital.
Memetik portal nextshark.com, Sandra A. Venegas berkongsi kisah bapanya, Alejandro Navarro yang juga seorang guru yang tetap bersama komputer riba sehingga akhir hayat bagi menyelesaikan tugas demi anak-anak murid.
Dalam perkongsian tersebut, Sandra memberitahu bapa setia bersama ‘rakan baiknya’ iaitu komputer riba dan pengecas bagi menyiapkan kerjanya walaupun ke mana sahaja.
Malah ketika berada di dalam wad bapanya tetap menyuarakan kebimbangan tidak dapat menyelesaikan pembahagian gred untuk laporan kemajuan kepada anak muridnya.
“Inilah bapa saya, Alejandro Navarro, sehari sebelum dia meninggal dunia, dia sangat risau jika tidak dapat menyiapkan laporan untuk kad kemajuan anak-anak muridnya,” kongsi Sandra di facebook miliknya baru-baru ini.
Allahu… Dalam-dalam sakit pun tetap ingat anak muridnya.
Rupanya dia mahu menyiapkan kerja-kerja tersebut
kerana tahu itulah tugas terakhirnya sebelum kembali ke kampung abadi.
Kongsi Sandra lagi, bapanya seorang guru Matematik di
sebuah sekolah di Del Rio, Texas itu terlalu cinta dengan kerjaya
sehingga akhir hayat.
Dalam perkongsian berkenaan, Sandra melahirkan
kekesalan kerana tidak menghabiskan banyak masa dengan bapanya walaupun mereka
tinggal sebumbung.
Kini semuanya hanya tinggal kenangan. - KitaReporters