Solat jenazah pesakit Covid-19 dalam banjir di Pekalongan! Jenazah dalam van, jemaah di luar
Published bySolat jenazah seorang pesakit Covid-19 di Desa Depok, Siwalara, Pekalongan, Jawa Tengah terpaksa dilakukan dalam keadaan banjir pada Khamis, 18 Februari 2021 dengan mengikut prosedur kesihatan.
Sejumlah saudara-mara dan sahabat handai terpaksa melakukan solat jenazah dalam air banjir hingga mencecah separuh lutut, sementara jenazah pula diletak di dalam van ambulans.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jenazah:
https://kitareporters.com/search?search=jenazah
Situasi itu tular apabila pemilik akaun Instagram @pekalonganinfo memuat naik dua foto pada Jumaat, 18 Februari 2021.
Dan pemilik akaun itu berharap banjir cepat surut kerana ia banyak menjejaskan kegiatan harian orang ramai.
Ketua Klinik Kesihatan Siwalan, Suwondo mengesahkan kejadian itu.
Tambahnya, kakitangan kesihatan juga terpaksa menyedut air banjir yang memenuhi liang lahat menggunakan mesin penyedut. - KitaReporters