Video| Pesakit Covid-19 mengamuk tak dapat bilik! Hospital dah penuh! Berlaku insiden bergelut!

Published by
KitaReporters
Aksi pesakit Covid-19 yang mengamuk tetapi berjaya ditenangkan oleh seorang doktor dan dua pengawal keselamatan. - Kredit foto: TribunJakarta.

SEORANG pesakit Covid-19 berusia 28 tahun mengamuk di sebuah hospital di Jakarta, ibu kota Indonesia.

Lelaki yang mengamuk itu kemudian bergelut dengan seorang doktor yang memakai pakaian pelindungan diri (PPE) sehingga terkoyak dan terpaksa dikawal oleh dua pengawal keselamatan hospital yang tidak memakai PPE.

Peristiwa ini sempat  dirakam dalam video dan tular dalam media sosial. Kejadian ini berlaku di Hospital (Rumah Sakit Umum) Daerah (RSUD) Pasar Minggu, Jakarta Selatan  pada Jumaat, 18 Jun 2021.


Lagi cerita-cerita berkaitan katil hospital


Pesakit ini mengamuk bukan kerana ingin lari dari hospital. Sebaliknya kerana hilang sabar kerana sudah agak lama menunggu tetapi masih tidak mendapat bilik hospital.

Keadaan itu berlaku kerana hospital itu difahamkan telah dipenuhi pesakit, maka tiada bilik kosong bagi menempatkan pesakit tersebut.

Pengarah RSUD Pasar Minggu, Yudi Amiarno, mengesahkan kejadian tersebut.

Juga dilaporkan, dua pengawal keselamatan tersebut telah terjangkit virus Covid-19 yang dibawa oleh lelaki berkenaan.

Pihak hospital kemudian membuat laporan polis. Ia disahkan oleh Ketua Polis Balai Pasar Minggu, Kompol Bambang Handoko.

Rata-rata warganet kesal dengan sikap lelaki itu dan berharap insiden sedemikian tidak berlaku lagi.

Mereka berharap orang ramai perlu menyokong penuh usaha pihak kerajaan dan petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19 yang semakin menular di Indonesia. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: