Nenek Ummi Khaltum (kanan) menceritakan kepada Ustazah Asma Harun pengalaman hidup yang sentiasa gigih bekerja untuk menjadikan dirinya sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa. - Kredit foto: Pertubuhan Sahabat Amal Care.


KEHIDUPAN seorang nenek, ibu kepada lima belas orang anak, yang sudah lanjut usia mempunyai ciri-ciri praktikal mengamalkan kombinasi pemilihan makanan harian dan kegiatan ibadah bagi membolehkan dirinya sentiasa sihat lagi cergas sepanjang waktu.

Selain itu beliau juga gigih melakukan kerja-kerja harian yang menjadi rutin masyarakat kampung. Kecerdasaan tubuh badan insan ini tidak mencerminkan umur yang dimiliki sudah lanjut dan sewajarnya duduk rehat di rumah bersama anak cucu.

Yang lebih menarik sekalipun usia agak lanjut namun sewaktu melakukan kerja-kerja hariannya terutama bercucuk tanam hampir sama dengan tenaga orang-orang pertengahan usia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nenek:

https://kitareporters.com/search?search=nenek


Sekalipun pertemuan tanpa diduga antara nenek Ummi Kalthum dengan Ustazah Asma Harun berlangsung dalam masa yang singkat tetapi penuh mesra.


Perwatakan wanita yang dikenali sebagai nenek Ummi Kalthum berusia 81 tahun masih gigih membuat berbagai kerja kampung termasuk berkebun, mengait kelapa dan mendayung perahu menyeberangi Sungai Pahang sendirian, sekalipun dinasihatkan anak-anak sepaya berehat.

Malahan kecergasan yang dimiliki beliau telah menarik perhatian Penaung Pertubuhan Sahabat Amal Care, Ustazah Asma Harun yang secara kebetulan terserempak semasa sesat bersama beberapa orang ahli pertubuhan itu dalam perjalanan pulang setelah selesai membantu penduduk terjejas banjir di Daerah Temerloh, Pahang pada Ahad 17 Januari 2020 lalu.

Nenek yang ramah dan mudah mesra sewaktu ditemui anggota kumpulan NGO ini sedang menebas membersihkan kawasan kebun tidak jauh dari kediamannya telah dimuat naik melalui rakaman video dalam laman sosial FB Ustazah Asma Harun.

Katanya, beliau tahu dan kenal Ustazah Asma melalui sebuah video semasa anggota pertubuhan itu menemui penduduk terjejas banjir di daerah Raub iaitu di kawasan tapak rumah individu banyak memerlihara ternakan termasuk itik dan angsa. Rumah penduduk itu musnah dihanyutkan arus deras sungai semasa banjir  yang berlaku.


Sekalipun usianya kini 81 tahun, nenek Ummi Kalthum perlu gigih bekerja dan beribadah bagi memastikan diri sentiasa sihat dan cergas.



Usia lanjut tidak menjadi halangan bagi wanita ini melakukan kerja-kerja kampung dengan berkebun menanam pelbagai jenis sayur, cili, kunyit, ubi, bunga kantan dan serai setiap hari tanpa mengenal erti penat.

Menurutnya, badan jadi kurang selesa dan agak tidak bermaya jika tidak melakukan suatu kerja.

Disebabkan kebun yang diusahakan terletak di sebuah kawasan pulau di seberang sungai, beliau setiap hari akan mendayung sampan bersendirian tanpa ditemani sesiapa menyeberangi Sungai Pahang.  Dah biasa tidak jadi masalah baginya sekalipun hanya menggunakan sampan tanpa enjin.

Mengenai rahsia amalan menjadikan dirinya kekal sihat dan cergas dalam usia begitu lanjut selain berkebun serta mendayung sampan setiap hari dia juga cerewet dalam soal makan minum.

Nenek Ummi Kalthum memberitahu tidak makan makanan jenis moden hari ini termasuk makanan segera juga tidak minum minuman berkarbonat dan air batu.

Ciri-ciri menarik beliau juga mempraktikkan amalan membaca ayat al-Quran, bangun malam melakukan tahajud, membaca Yasin dan selalu bersedekah.

Malahan semasa berkebun dia juga mengamalkan penggunaan Ayat 18 Surah Al Kahfi untuk menjaga tanaman daripada gangguan berbagai binatang buas termasuk monyet, babi hutan dan lain-lain. Cara ini memang berkesan hingga tidak ada tanaman dimusnahkan oleh binatang liar.



Nenek Ummi Kalthum mempunyai keluarga besar dengan 15 orang anak 11 daripadanya lelaki,12 orang menantu, 64 orang cucu dan 14 orang cicit. Salah seorang anaknya kini bertugas di Qatar.

Sewaktu mudanya beliau berniaga pelbagai barangan kampung di pasar selain berkebun, manakala arwah suaminya bekerja di ladang berhampiran kampung kediamannya. Kini perniagaan tersebut diwarisi salah seorang menantunya kerana dia tidak pandai memandu kecuali menaiki basikal.

Jika dalam kesusahan,menghadapi masalah atau musibah seperti banjir besar yang berlaku baru-baru ini beliau akan mengamalkan membaca al-Quran.

"Semasa ingatkan tiga anaknya yang tidak pulang ke rumah sejak senja hingga lewat malam sewaktu banjir kerana berusaha menyelamatkan sangkar ikan peliharan nenek membaca berbagai ayat al-Quran dan berdoa mereka sentiasa selamat," ujarnya.


Dalam usia yang agak lanjut Nenek Ummi Kalthum masih mampu mendayung perahu seorang diri menyeberangi Sungai Pahang untuk ke kebunnya. Beliau menunjukkan bagaimana cara mengemudi perahu kepada Ustazah Asma Harun.


Pada kejadian banjir itu lebih 50 sangkar milik anak-anaknya yang memuatkan ikan talapia, lampam Jawa, patin, baung dan berbagai tidak dapat diselamatkan kerana ada yang dihanyutkan arus deras dan ada juga yang pecah, sekali gus mengakibatkan kerugian puluhan ribu ringgit.

Selain itu, tanaman yang diusahakannya di kebun yang terletak diseberang sungai musnah termasuk perahu miliknya untuk berulang alik ke kebun tenggelam.

Beliau juga lebih senang memanggil Penaung Pertubuhan Sahabat Amal Care dengan nama "Ustazah Waufawidu" menyifatkan pertemuan yang tidak dirancang penuh makna kerana selama ini hanya melihat melalui video dan tanpa diduga dipertemukan. - KitaReporters


Di seberang Sungai Pahang itulah terletaknya kebun milik nenek Ummi Kalthum, bagaimanapun musnah semasa banjir baru-baru ini.

0
0
0
0
0

Copy Link: