VIDEO seorang budak membuat laporan live (langsung) dalam Facebook berkenaan seekor ular sawa yang dijumpainya di salah satu kawasan rumah berdekat pasar Bukit Selambau menjadi tular dalam media sosial hari ini, Isnin, 24 Januari 2022

Dalam Video tersebut budak berusia 11 tahun itu dalam keadaan cemas mencerita bagaimana ular sawa tersebut dijumpai sambil ditemani beberapa orang rakannya. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ular sawa


Kanak-kanak yang memperkenal namanya dalam laporan secara live itu, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dilihat begitu bersemangat dan sangat laju ketika membuat laporan sama seperti seorang wartawan.

Namun, video kanak-kanak lelaki ini tular kerana bahasa yang digunakan menghiburkan warga maya dan cara penyampaiaanya sama seperti wartawan dah.

Ular sawa yang amat amat besar dan amat amat dasyat!"



Bukan itu sahaja, semasa membuat laporan kejadian, netizen dapat tahu adik ini berasal dari utara dengan loghatnya yang sangat mencuit hati semua di pertengahan laporan berita yang dibuat.

"Kami sedang mencuci2 longkang kami tak tau pasai apa ayaq naik sgt tgi.."

Rata-rata netizen mendoakan agar adik ini menjadi wartawan kerana sangat berbakat dengan susunan bahasa yang sangat baik. 

Terbaiklah adik, teruskan minat adik, nanti dah besar boleh jadi wartawan TV3. 



Berita terkini menyebut ular sawa yang sangat sangat besar dan sangat sangat sahsyat tersebut berjaya ditangkap oleh anggota JPAM malam tadi, 24 Jun 2022. 

Besaq woi ... Besaq gila!!" lapor adik Haziq. - KitaReporters



10
19
0
17
0

Copy Link: