RATU ENGLAND, Ratu Elizabeth tetap mengalu-alukan cucunendanya, Putera Harry dan Meghan Markle untuk kembali ke kerabat monarki England walaupun mereka sudah meletakkan jawatan sebagai ahli keluarga diraja paling kanan yang berkuat kuasa pada 31 Mac 2020. Air dicincang tak akan putus! : KitaReporters.com

Harry-Meghan selepas bertemu Ratu Elizabeth yang juga nendanya pada 3 Mac 2020. - Kredit gambar: Backgrip


Ratu yang juga nenda Harry berkata demikian dalam pertemuan dari hati ke hati, kali kedua dengan pasangan itu di Istana Windsor, England. 

Mereka sekeluarga bersantai bersama-sama, sambil perbualan lebih banyak tertumpu mengenai perkembangan masa depan keluarga diraja itu. 

Sebelum ini akhbar Metro News UK melaporkan Ratu Elizabeth (Ratu E) sedih kerana terpaksa berpisah dengan cicitnya, Archie Harrison, putera Harry-Meghan, manakala Harry pula adalah cucu yang paling disayangi baginda. 

Putera kedua, Lady Diana ini mewarisi sifat mendiang ibunya yang gemar berdikari dan terbabit dalam kerja kebajikan.

Baginda ratu sudah setahun tidak bertemu cicitnya. 

Kali ini pun, Harry-Meghan pulang ke UK tidak membawa bersama Archie, membuatkan pihak istana meluahkan rasa tidak puas hati dengan alasan kedua-dua moyang Archie itu tidak hidup selamanya.

Sebelum ni Harry-Meghan, yang menduduki tangga keenam dalam senarai boleh menduduki takhta, memohon berhenti menjadi anggota kanan keluarga diraja England untuk hidup berdikari di Kanada.

Keputusan untuk keluar dari menjadi anggota kanan keluarga diraja Englang itu media kemudian memberi jolokan "Megxit"

Harry dan Meghan mahu cuba membina kehidupan seperti orang biasa dan bekerja menyara diri.

Harry-Meghan sedang membilang waktu menghabiskan jadual kerja sebagai anggota diraja England. - Kredit gambar: IG @hrhofsussex ( https://www.instagram.com/hrhofsussex/)


Sebelum ini kedua-dua pasangan itu menerima elaun daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Britain dan Megan serta Harry bertegas mahu menjana kewangan sendiri dengan pelan perniagaan ketika mengambil keputusan 'balik kampung' ke Kanada. 

Hasrat mereka untuk membina keluarga di tanah jajahan Britain itu dengan membawa anak mereka, Archie pada mulanya turut 'melukakan' hati Ratu Elizabeth yang kemudian mengarahkan pasangan itu mesti melucutkan semua gelaran diraja termasuk jenama Sussex Royal yang akan digunakan untuk perniagaan pakaian, cenderamata sehingga baju tidur bayi yang akhirnya bakal menjana berbilion-bilion dolar.

Pasangan itu menukar jenama itu kepada House of Sussex

Malah Meghan juga sudah ditawarkan AS$1 juta (RM4.1juta) untuk berlakon semula dengan watak asalnya dalam siri Suit.

Pasangan itu juga akan mengadakan pelbagai projek usaha sama dengan pedagang termasyur dunia dan Harry akan memberi ceramah termasuk pengalaman sebagai anggota tentera, temu ramah dengan akhbar dan televisyen, serta mungkin terbabit dalam penerbitan dokumentari. 

Kredit foto: IG @sussexroyal (https://www.instagram.com/sussexroyal/)


Pada 1 Mac 2020, Harry dan Meghan pulang bertemu nendanya di istana keluarga dan santap tengah hari yang menjadi sesi perbualan dari hati ke hati, lalu melegakan hati Ratu England. 

Sebab itu baginda kemudian mengumumkan pasangan boleh kembali bila-bila masa dan istana menyambut dengan 'tangan terbuka'.

Ketika di UK juga, pasangan itu bersama-sama Ratu E, Putera Charles dan Putera William hadir pada majlis khas memperingati Hari Komanwel yang akan berlangsung di Westminister Abbey minggu ini.

Kali terakhir mereka berada di London adalah pada 1 Januari 2020 dengan melawat Canada House yang meraikan mereka.

Harry dan Meghan perlu menghabiskan jadual kerja mereka yang sudah ditetapkan oleh istana yang akan berakhir 31 Mac 2020, serentak dengan pelepasan gelaran Yang Mulia dan menyelesaikan segala urusan berkaitan kewangan termasuk proses membayar ganti rugi wang membaiki rumah pasangan itu yang menggunakan duit cukai rakyat. 

Pasangan itu juga melafaz janji kepada nendanya untuk pulang ke UK walaupun sebahagian besar masa mereka akan dihabiskan di Amerika Utara khususnya Kanada.

Selain itu pada 5 Mac 2020, Harry membuat penampilan terbuka pertama bersama Meghan dengan menghadiri majlis Endeavour Fund Award di Mansion House, London untuk meraikan mangsa yang cedera, cacat dan sakit ketika menyertai aktiviti sukan dan kembara lasak.

Tabung itu ditubuhkan oleh Yayasan Diraja Britain bagi membiayai peserta yang beraksi dalam sukan dan aksi lasak, di samping membiayai rawatan veteran perang. - KitaReporters


5
0
0
0
0

Copy Link: