3 TAHUN TAK PERNAH 'MISS' LAWAT PUSARA ISTERI
Published bySETIAP manusia pasti ingin mencari pasangan yang setia hingga hujung nyawa. Namun kehidupan merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangka. Kita tidak tahu bila waktu tepat dan siapa yang akan pergi dahulu. : KitaReporters
https://twitter.com/Amieraizat14/status/1233235803448340480
Bayangkan pasangan anda yang sentiasa bersama anda, bersama mengharungi susah dan senang, membesarkan anak-anak, dan walaupun ada masanya bertikam lidah, tidak lagi bersama anda lagi.
Pastinya tiada siapa yang bersedia untuk menghadapi perpisahan sebegini.
Ini adalah kisah seorang pak cik yang mesra dipanggil Pak Li yang mencintai isterinya sepenuh hati, walau isterinya sudah meninggal dunia 3 tahun lepas.
Menurut @Amieraizat14 dalam Twitter, pak cik ini tidak pernah terlepas sehari untuk melawat kubur arwah isteri tercinta.
Katanya, setiap kali dia melawat kubur ayahnya pasti akan bertemu dengan pak cik ini atau lebih dikenali sebagai Pok Li.
3 tahun melawat isteri
Satu hari, beliau bertemu dengan Pok Li dan bertanyakan sudah berapa arwah isterinya meninggal, dan dia memberitahu sudah 3 tahun lebih isterinya meninggal dunia.
Lawat kubur setiap hari untuk makan
Dia juga bertanyakan kepada Pok Li mengapa setiap kali di melawat kubur arwah ayahnya pasti akan bertemu dengan Pok Li.
Apa yang mengejutkan Pok Li memberitahu bahawa Pok Li melawat kubur isterinya untuk makan bersama kerana sunyi anak sudah besar.
Semasa hayatnya, isterinya menyediakan 3 kali makan sehari. Justeru itu, dia melawat isterinya 3 kali sehari.
Sedekahkan bacaan Yasin balas jasa arwah isteri
Sudah tiba masanya untuk Pok Li pula yang menyediakan makan untuk arwah isteri, dengan sedekahkan bacaan Yasin dan tahlil. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh arwah isteri semasa masih hidup.
Selama 3 tahun dia tak pernah ‘miss’ melawat kubur isterinya.
Kisah yang dikongsikan dalam Twitter ini mendapat perhatian ramai netizen yang terharu dan sebak.
Diharapkan kita mendapat pasangan hidup seperti Pok Li yang mencintai pasangannya sehingga hujung nyawa. - KitaReporters