Penantian itu ada hikmah! 7 tahun nanti cahaya mata pertama!

Published by
KitaReporters

BAGI pasangan yang sudah berumah tangga sudah pasti inginkan cahaya mata sebagai pelengkap keluarga. Tipulah kalau ada pasangan sudah berkahwin tapi tak mahu cahaya mata!! Namun begitu, rezeki itu bukan semua orang dapat. Ada pasangan terima rezeki dari segi kurniaan cahaya mata yang banyak, ada pula terima rezeki dari segi harta benda. Setiap orang berbeza rezeki dia. Tetapi bagaimana kita hadapi situasi itu amat penting. : KitaReporters


Begitulah yang dihadapi oleh sahabat Mohd Fadli Salleh yang menanti cahaya mata pertama selama  7 tahun. Bukan satu jangka yang singkat.

Harta banyak tapi tiada cahaya mata bukan sesuatu yang mudah. Tekanan itu pasti ada. 

Rezeki dari segi cahaya mata mungkin belum tiba tetapi Tuhan maha adil apabila kurniakan rezeki dari segi lain untuk sahabat Fadli ini.


Dalam penantian itu, pelbagai dugaan dihadapi. 

Cemuhan masyarakat tak usah cakap la, mulut 'puaka' sesetengah masyarakat boleh menyebabkan pasangan bergaduh jika keimanan dan kekuatan tak kuat. 

Malah ia boleh buat rumah tangga itu retak dan hancur hanya disebabkan hasutan orang luar. 

Masyarakat di luar hanya tahu kecam. Ya... masyarakat memang lebih suka membawang dan lontarkan kecaman tanpa membantu.


Bagi sahabat Fadli, mereka pasti percaya bahaya setiap usaha itu akan dibalas jua. Mungkin rezeki belum tiba. 

Berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk dapatkan cahaya mata pertama. Hanya pasangan ini yang tahu bagaimana susah senang mereka bersama dalam hal ini. 

Pujian diberikan kepada suami sahabat Fadli apabila kekal bersama isteri beliau, meskipun ia layak dan terlebih daripada mampu untuk berkahwin lagi. 

Harta banyak maa!!!

Tapi kesetiaan pasangan ini sangat mahal dari segala harta yang ada. 

 Doa yang dipohon, usaha demi usaha dilakukan, akhirnya TUHAN mengirimkan seorang anak kecil kepada mereka. 

Isterinya berjaya melahirkan cahaya mata pertama. 


Penantian yang sangat lama, sudah pasti lelaki ini akan jaga sebaik mungkin agar zuriat mereka dapat membesar dengan baik.

Tapi itulah, 'mulut puaka' sesetengah masyarakat memang sukar untuk kita tutup.

Tahniah kepada pasangan sahabat Fadli ini, moga kehadiran anak kecil ini akan menambahkan kebahagian dunia akhirat dan memberi rezeki yang lebih baik untuk kalian.

Moga anak ini akan membesar dengan penuh kasih sayang dan dapat berbakti semula kepada ibu bapanya. - KitaReporters

2
0
1
0
0

Copy Link: