GARA-GARA tidak mahu mengizinkan suaminya dibawa ke hospital selepas disahkan positif COVID-19, seorang wanita dari Rusun Bandarejo, Surabaya di Indonesia tergamak bertindak luar kawalan dengan melempar dan melumurkan najis kepada petugas kesihatan. Aduhai, beginikah frontlines diberi layanan??? : KitaReporter


SEORANG isteri tergamak melemparkan najis ke arah petugas kesihatan selepas berkeras tidak membenarkan suaminya dibawa ke hospital selepas disahkan positif COVID-19. - Kredit  foto: HUMAS PEMKOT SURABAYA PETU


Lagi cerita-cerita berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Memetik laporan kompas.com, wanita berkenaan didatangi tiga petugas kesihatan ke rumah mereka bagi melakukan pengesanan kontak rapat selepas dimaklumkan ada kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan dan melibatkan suaminya. 

Bagaimanapun wanita berkenaan bersama anak-anaknya tidak memberikan kerjasama dengan petugas kesihatan. Malah berkeras untuk tidak mengizinkan petugas kesihatan membawa suaminya ke hospital untuk rawatan walaupun disahkan positif.

KAWALAN petugas kesihatan terpaksa membuat sanitasi di kawasan awam selepas kes positif meningkat setiap hari.  - Kredit foto: REUTERS


Alahai orang nak tolong suami awak supaya sihat… bukan bawa lari suami tu!

Terdahulu suaminya telah menjalani ujian swab sebelum disahkan positif. Namun suasana bertukar menjadi kecoh selepas wanita berkeras dengan keputusannya.

Orang nak tolong.. kau kurang ajar pulak!

KEMATIAN melibatkan kes COVID-19 di Indonesia sentiasa meningkat setiap hari  menyebakan kawasan perkuburan menjadi sesak setiap hari. - Kredit foto: AP


Lebih mengejutkan wanita berkenaan sanggup melemparkan najis ke arah petugas kesihatan yang memakai pakaian khas PPE.

Susulan kejadian itu, polis Surabaya terpaksa membuka kertas siasatan dan menahan wanita berkenaan selepas didakwa menggangu tugas kakitangan kesihatan menjalankan tanggungjawab. Malah pasukan polis telah mengambil keterangan saksi termasuk petugas kesihatan dan juga pengadu.

Kan dah kena…petugas kesihatan tu datang buat kerja bukan saja-saja? : KitaReporters

1
1
1
0
5

Copy Link: