Video| Tak ada niat nak bogel, gurau je! Adi minta maaf! Netizen maafkan! Tapi jangan buat lagi!
Published byAdi membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video yang dimuat naik melalui akaun TikTok.
Orang-orang tua sudah berpesan, ‘terlajak perahu boleh undur, terlanjur kata badan binasa’.
Mungkin ungkapan itu amat sesuai untuk direnungi dan dihayati oleh individu yang terlepas cakap hendak berbogel jika pasukan Kuala Lumpur City FC dapat mengalahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada final Piala Malaysia 2021 lalu.
Walaupun sudah tampil memohon atas keterlanjurannya namun individu yang dikenali dengan nama Adi itu serta kita semua perlu mengambil pengajaran daripada insiden ini. Gurau jangan sebarang gurau bang!
Dalam isu ini, kata-kata ‘tidak boleh gurau, duduk surau’ tidak boleh diguna pakai kerana tidak semua perkara boleh diguraukan apatah lagi yang membabitkan maruah diri dan yang berkait dengan larangan agama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berbogel
Tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video melalui akaun TikTok miliknya, papa_anak4 pada Sabtu, 4 Disember, 2021, individu itu berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya serta berharap permohonan maafnya diterima.
"Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia disebabkan video saya yang tular baru-baru ini.
"Saya
berjanji takkan mengulanginya lagi dan saya bernazar berikan tinted (pemasangan
cermin gelap) percuma kepada surau ini. Saya harap rakyat Malaysia dapat memaafkan
saya," katanya.
Permohonan
maaf itu mendapat banyak reaksi positif daripada netizen. Ramai yang mengucap
syukur serta memaafkan individu berkenaan sambil memuji tindakannya yang berani
tampil memohon maaf.
Pada masa sama, mereka turut menasihatinya agar beliau mengambil iktibar daripada insiden ini serta berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa akan datang.
Berikut adalah beberapa komen yang dikutip dari akaun TikTok berkenaan:
Qashri Azrul: Alhamdulillah, terbaik bro, ingat je hidup ni ibarat roda, kadang di atas kadang di bawah.
Zana
Gendut:
Alhamdulillah kan bagus macam ni. Tak elok nak hina negeri orang lain. InsyaAllah,
semuga terus istaqamah.
Putera Kalana: Ok bro terbaik nazar
yang baik-baik je.
Seliparjepun0610: Terbaikkk…respect berani
minta maaf.
Dinidris67: Ok la tu. Ni yang
netizen mahu gentleman mohon maaf atas kesalahan yang berlaku…lain kali jangan
memperendahkan orang lain.
Ericjha
Cattleya:
Alhamdulillah. Ada hikmah setiap apa yang terjadi. Semuga dimurahkan rezeki.
Zainun687: Alhamdulillah. Dah sedar lain kali jangan
cakap yang bukan-bukan ingat kuasa Allah, kita hanya merancang tapi perancangan
Allah yang terbaik.
Man
Toba:
Alhamdulillah dengan berbesar hati berasa bangga dengan kamu. Jadikan iktibar
setiap ucapan yang hendak disampaikan.
Riduan78: Terbaik bang. Setiap
manusia tak lepas daripada melakukan kesilapan.
Pak Su
Man: Harap
akan datang tak kira sesiapa bila kita bercakap kena berhati-hati terlajak
perahu bolehdi undur terlajak kata badan binasa…terbaik bro.
Ladyjacksparro:
Tahniah!
Bukan semua orang berani akui salah, mohon maaf dan perbaiki diri. Semuga
istiqamah saudara.
Kerambit313: Saya maafkan kamu…saya
faham kamu hanya sekadar bergurau sahaja… bola sepak ni sekadar hiburan
sahaja,,,biasalah tu usik mengusik.
Kucinggarong: Bagi kat surau KL 1
tinted free bang. Belah Johor 1. Baru sempurna jalan kaki dari KL sampai Johor.
Kakikecam: Ko dah viral boleh up kedai tinted ko tu.mana tahu disebabkan viral ni rezeki melimpah.
Video yang tular dan mencetuskan kontroversi.
Lelaki terbabit mula tular selepas membuat kenyataan berani bahawa dirinya sanggup berbogel dari Kuala Lumpur hingga ke Johor seandainya KL City menewaskan JDT pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada Selasa, 30 November 2021 lalu.
Video berdurasi 33 saat dimuat naik melalui laman sosial TikTok yang menggunakan akaun @tintedoffer2 sebelum perlawanan JDT - KL City FC.
"Malam ini (Selasa, 30 November, 2021) Johor lawan KL. Ok bro macam ini bro, kalau KL boleh kalahkan Johor, aku bogel dari KL sampai Johor.
"Bogel tau. Aku bogel. Serius cakap punya. Bukan sembang. Tak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Aku bogel dari KL sampai Johor," katanya.
Ekoran kekalahan JDT, netizen mula ‘memburu’ individu yang membuat kenyataan itu, menuntut agar dia menunaikan janjinya.
Tapi, individu berkenaan kemudian memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia sedang menerima bantuan oksigen dengan menulis "minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor..saya ada sesak nafas."
Isu itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang menasihatkan individu yang berjanji akan berbogel demi tujuan tertentu supaya melupakan terus hasrat pelik.
Menurutnya, janji pelik sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan saja tidak berfaedah malah melanggar ajaran Islam yang menetapkan had batas aurat.
Sementara itu, individu berkenaan yang dikenali sebagai Adi turut tampil mendedahkan bahawa dia tidak berniat berbogel sebagaimana dinyatakan, sebaliknya ia sekadar gurauan.
Pemain-pemain Kuala Lumpur meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia bersama penyokong mereka. Kredit foto: MFL
"Mula-mula saya saja-saja je nak buat content dalam TikTok milik saya semata-mata nak hiburkan hati followers dalam tu.
"(Tapi) dalam
masa yang sama saya tak tahu (sangka) pula yang video tu diviralkan sehingga
viral di seluruh Malaysia, sampai mufti pun boleh komen.
"Saya terkejut, takut pun ada sebab tak pernah jadi macam ni, niat nak melawak tapi viral," kata Adi, 31, ayah kepada seorang anak, sebagaimana dilaporkan oleh portal MStar.
Pada perlawnaan akhir itu, KL City menewaskan JDT melalui jaringan Zhafri Yahya (minit ke-66) dan Paulo Josue (minit ke-74), sekali gus menamatkan kemarau kejuaraaan selama 32 tahun selepas kali terakhir pasukan warga kota itu memenanginya pada 1989. - KitaReporters
Jurulatih, Bojan Hodak dan kapten, Paulo Josue, dua watak penting yang membantu KL City menjuarai Piala Malaysia 2021. - Kredit foto: MFL