Video| Semoga Hamid Gurkha diberikan kesihatan yang baik! Kian uzur! Tapi tiada penyakit kronik!
Published byDan pasti ramai yang tertanya-tanya keadaannya Pak Hamid, panggilan mesranya masa kini setelah lama tidak dilihat lakonan baharunya dalam filem atau drama.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawak-pelawak
Allahyarham Jamali Shadat dan Hamid Gurkha (kanan). - Kredit foto: Mstar
Rakan lawaknya, Datuk Jamali Shadat telah mengadap Ilahi dalam usia 79 tahun pada 3 Februari 2021.
Jamali dan Hamid mula berpasangan sejak awal 1970-an apabila menjadi pasangan sebagai Atan (Jamali) dan Atok (Hamid) dan merakam ke piring hitam beberapa album lawak. Selain muncul berlawak bersama, masing-masing turut berlawak/berlakon bersendirian.
Sejak muncul dalam filem ‘Panglima Badol’ pada 1978, sehingga kemunculan terakhirnya dalam ‘Superbike The Movie’ pada 2019, Hamid telah berlakon dalam 26 judul filem dan 7 drama TV serta 7 telefilem.
Antara filem-filemnya yang memberi kenangan ialah ‘Aku Yang Berhormat’, ‘Ragam Pemandu’, ‘Gila Gila’ dan ‘Sikit Punya Gila’.
Anak-anak tidak menggalakkan Hamid terus berlakon berikutan masalah pendengaran yang dihadapinya, meskipun penglihatan masih baik untuk membaca skrip dan masih boleh memandu sendiri ke tempat penggambaran.
Kini Hamid yang bakal berusia 89 tahun pada 22 Ogos 2022, sudah semakin uzur dengan kesihatannya terus merosot setelah dijangkiti Covid-19 sejak Februari 2022.
Menurut isterinya, Timah Abdul Hamid, 80, selepas dijangkiti Covid-19, keadaan kesihatan Hamid semakin merosot. Dia hanya terlantar di katil dan pendengarannya semakin berkurangan kerana peningkatan usia.
Bagaimanapun Hamid masih boleh bangun perlahan-lahan untuk ke bilik air dan menunaikan solat atas kerusi.
Menurut Timah, suaminya masih mampu berjalan seperti ke bilik air dan menunaikan solat. Cuma, dia agak sukar untuk menyeimbangkan badan.
Menurut Timah, suaminya tidak mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung atau kencing manis, cuma kian uzur disebabkan usia tua.
Sebelum terbaring, Hamid masih boleh memandu. Tambah Timah, suaminya kini selera makannya sudah berkurangan dan tidak boleh banyak bercakap kerana cepat penat.
Kredit foto: Berita Harian
Sementara itu, menurut anak bongsu Hamid, Nor Ashita, 47, bapanya tetap berpuasa penuh sepanjang Ramadan, cuma selera makan ketika berbuka tidak lagi seperti dahulu.
Menurut Ashita, abahnya tidak lalu makan walaupun dihidang makanan kegemarannya seperti asam pedas dan kari. Namun Hamid tetap ingin berpuasa dan tidak ingin tinggal seharipun.
Hamid pernah dibawa ke klinik kerana mengalami cirit-birit dalam bulan Ramadan dan doktor menasihatkan dia berbuka sahaja. Namun Hamid menangis-nangis dan enggan berbuka dan kemahuannya diikut sahaja.
Menurut Ashita. Hamid berkata, itulah saham akhirat baginya dan jika nyawanya ditarik, biar dia pergi dalam keadaan sempurna iman.
Timah dan Hamid yang merupakan pemenang Artis Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ketiga pada 1982 ini berumah tangga selama lebih enam dekad iaitu sejak April 1957 dan dikurnia lapan cahaya mata, namun dua sudah meninggal, 32 cucu dan 14 cicit.
Secara kebetulan anak-anaknya tinggal tidak berjauhan daripada rumah Hamid di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Menurut Timah, suaminya suka melihat anak-anak dan cucu-cucu berkumpul. Jadi setiap hujung minggu anak cucu akan pulang berkumpul di rumahnya. Dan Hamid kelihatan gembira pada 1 Syawal melihat anak dan cucu berkumpul dalam keadaan dia kurang sihat.
Kredit foto: Berita Harian
Mungkin tidak ramai yang tahu, sebelum menceburi bidang lawak. Hamid yang lahir pada 22 Ogos 1933 yang dahulunya seorang askar (1950-1957) merupakan seorang penyanyi.
Dia pernah menjuarai pertandingan Bintang Radio 1965. Dari situ dia ditawar bekerja dengan Kementerian Kesenian dan Kebudayaan sebagai artis (seperti PENTARAMA) sebelum ditemukan dengan Jamali Shadat.
Kredit foto: Berita Harian