SEBATANG pokok kelapa yang tumbang di bahagian dapur rumah Lim Kim Lee akibat ribut kencang pada petang Selasa 6 Julai 2021. - Kredit foto: KitaReporters


SEORANG warga emas nyaris maut apabila sebatang pokok kelapa tumbang di bahagian dapur rumahnya akibat ribut kencang di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu pada Selasa, 6 Julai 2021 lalu. 

Dalam kejadian hujan lebat serta ribut kencang kira-kira pukul 6 petang itu, warga emas terbabit, Lim Kim Lee, 76, ketika itu dia sedang berada di dapur kerana memasak.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian Kim Lee pergi ke ruang tamu sebelum pokok kelapa itu yang berada tidak jauh dari rumahnya tumbang menimpa di ruang dapurnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pokok tumbang

LIM KIM LEE 


``Mujurlah sebelum itu hati saya tergerak untuk  pergi ke ruang tamu dan kalaulah saya masih berada di dapur ketika itu entah lah apa yang akan  terjadi ke atas diri saya.

``Awalnya saya telah merasa tidak sedap hati semasa angin serta ribut kencang itu sebab itu saya pergi ke ruang tamu,’’ katanya ketika ditemui pada Rabu 7 Julai 2021.


POKOK kelapa yang tumbang terletak tidak jauh dari rumah warga emas berkenaan. - Kredit foto: KitaReporters


Ibu tunggal yang tinggal dua beranak di rumah itu berkata, semasa dia berehat di ruang tamu tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman yang kuat di ruang dapur akibat pokok kelapa tumbang.

Menurutnya kejadian itu berlaku sewaktu angin kencang dalam masa selama kira-kira 10 minit sahaja. 

``Saya amat terkejut dan tidak menyangka sebatang pokok kelapa tumbang menimpa di dapur dan saya bayangkan jika sewaktu itu saya berada di situ kemungkinan kejadian yang tidak diingini akan berlaku pada diri saya.

``Tetapi mujurlah saya selamat  kecuali saya mengalami kerugian kira-kira RM2,500 akibat kerosakan atap dan  dinding  termasuk barang-barang yang berada di dapur itu,’’ ujarnya.


AHMAD Abaidillah Arifin menyerahkan sumbangan kepada Lim Kim Lee di Kampung Fikri, Setiu pada 7 Julai 2021.- Kredit foto: KitaReporters


Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, Ahmad Abaidillah Ariffin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh melawat mangsa bencana alam itu dan memberi sedikit sumbangan kepada Kim Lee pada Rabu 7 Julai 2021. 

Turut memberi sumbangan kepada warga emas itu ialah MCA Bahagian Setiu yang sumbangannya disampaikan oleh Naib Ketuanya, Wee Beng Hai dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Fikri, Adnan Mohamad.


Wee Beng Hai (kanan) menyampaikan sumbangan MCA kepada Lim Kim Lee di rumahnya di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu pada 7 Julai 2021.


Pengerusi KRT Kampung Fikri memberi sedikit sumbangan kepada Lim Kim Lee yang disampaikan oleh Adnan Mohamad. - Kredit foto: KitaReporters


Sebelum itu, Ahmad Abaidillah turut menyampaikan sumbangan yang sama kepada seorang peniaga di Kampung Guntung Dalam akibat kanopinya tempat peniaga itu berniaga musnah dilanda ribut pada petang hari yang sama dengan kejadian Kim Lee itu.

Beliau juga memberi bantuan bakul makanan kepada seorang warga emas yang hilang pekerjaan terkesan akibat pandemik Covid-19 di Kampung Bukit Derebar, Guntung Luar.

Hadir sama ialah Pegawai Khas ADUN Permaisuri, Mohd Badrol Hisham Mohammad. - KitaReporters


AHMAD Abaidillah menyerahkan sumbangan bantuan  kepada seorang peniaga yang kanopinya musnah akibat ribut kencang di Kampung Guntung Dalam, Setiu pada 7 Julai 2021.   


KANOPI peniaga terbabit yang musnah akibat ribut kencang di Kampung Guntung Dalam, Setiu pada Selasa 6 Julai 2021.

1
2
5
0
1

Copy Link: