Menyamar jadi ayah Fawwaz! Fedtri Yahya dedah taktik penipu!
Published byPADA Jumaat 28 Ogos 2020 baru-baru ini, adik Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari, 6, telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kisahnya, mendapat perhatian umum setelah terlibat dalam satu kemalangan di mana dia terhempap di bawah peti sejuk yang dibeli oleh bapanya untuk kegunaan perniagaan pada 13 Julai 2019. : KitaReporters
Adik Fawwaz menghembuskan nafas terakhir ketika menjalani rawatan saraf.
Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:
https://kitareporters.com/search?search=penipuan
Menurut laporan media, Fawwaz menghembuskan nafas terakhir di sebuah hotel di Melaka ketika sedang menjalani rawatan saraf.
Rata-rata orang ramai turut terkesan dan sedih dengan pemergian Fawwaz. Namun, dalam kesedihan itu, masih ada pihak yang tergamak mengambil kesempatan. Hal ini didedahkan oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya, dalam media sosialnya dan meminta orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah tertipu.
“Adik Fawwaz baru meninggal semalam (28 Ogos 2020), tiba-tiba ada orang mengaku sebagai ayah dia minta derma. Hati-hati. Jangan bantu penipu!” tulisnya.
Pendedahan oleh Fedtri ini membantu orang ramai agar tidak tertipu!
Pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mengambil
kesempatan dengan menyamar menjadi ayah kepada adik Fawwaz dan meminta derma.
Pihak tidak bertanggungjawab ini menggunakan nama ayah adik Fawwaz untuk meminta derma.
Justeru, kepada orang ramai, jangan terpedaya dengan
taktik pihak tersebut. Diharap juga orang ramai agar melaporkan akaun media
sosial tersebut agar pihak Facebook dapat menyekatnya. - KitaReporters