BIDANG kesukanan bukan lagi menjadi agenda utama bagi Persatuan Pengadil Daerah Setiu (PPDS), Terengganu yang sebelum ini sering menganjurkan pertandingan bola sepak peringkat daerah itu sejak dari dulu lagi. Sebaliknya, PPDS kini turut mengorak langkah dalam bidang kebajikan dengan mengadakan program kemasyarakatan yang boleh memberi manfaat terhadap masyarakat setempat. : KitaReporters 


MARZUKI Sulong (empat dari kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada seorang mangsa banjir di PPS Kampung Nyatuh, Setiu, Terengganu pada 5 Disember 2020. - Kredit Foto: PPDS


Lagi cerita-cerita berkaitan pengadil:

https://kitareporters.com/search?search=pengadil 


Semalam, Sabtu,  5 Disember 2020, program yang dimaksudkan telah diterjemahkan oleh Badan Bukan kerajaan (NGO) itu dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBSDS) apabila gabungan dua NGO berkenaan memberi sumbangan makanan kepada 20 keluarga mangsa banjir di Kampung Nyatuh, Setiu.

SEBAHAGIAN ahli Jawatankuasa PPDS dan PBSDS bersama barangan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir pada 5 November 2020. - Kredit Foto: PPDS


Di bawah program tersebut, PPDS dan PBSDS membelanjakan sebanyak RM1,000 bagi menyumbang barangan makanan seperti gula, beras, biskut dan ikan sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir terbabit yang terpaksa berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat rumah mereka ditenggelami air pada 3 Disember 2020. 

Pengerusi PPDS, Ismadi Ibrahim berkata sumbangan yang dihulurkan itu sebagai tanda simpati kedua-dua persatuan berkenaan terhadap mangsa-mangsa banjir terbabit. 

Menurutnya, program kemasyarakatan itu juga menandakan PPDS serta PBDS tidak meminggirkan orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah terutama bencana alam itu. 


ISMADI IBRAHIM


Sumbangan makanan yang diberikan kepada 20 keluarga mangsa banjir terbabit disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang juga pengerusi PBSDS, Marzuki Sulong di PPS Kampung Nyatuh, Setiu.

Seramai 25 ahli  jawatankuasa PPDS dan PBSDS menyertai program tersebut turut hadir selepas banjir semakin reda di kawasan itu. 


MARZUKI Sulong (tengah) sedang beramah mesra dengan ahli Jawatankuasa PPDS dan PBSDS.


SEBAHAGIAN mangsa  banjir Kampung Nyatuh bersama  ahli Jawatankuasa PPDS dan PBSDS.


``Selain tidak lupa kebajikan ahli-ahli persatuan, kami juga merancang untuk mengadakan pelbagai program kemasyarakatan seperti membersih kubur dan masjid di beberapa kampung di daerah Setiu  mulai tahun 2021. 

``Program yang bakal dijalankan itu membabitkan ahli persatuan dengan masyarakat setempat yang secara tidak langsung dapat mempereratkan lagi hubungan PPDS dan PBSDS dengan mereka,’’ katanya ketika dihubungi pada hari ini, Ahad 6 Disember 2020. 


Kredit Foto : PPDS


Ismadi memberitahu jikalau tidak menganjurkan program seumpama itu orang ramai masih membayangkan NGO itu hanya melakukan aktiviti kesukanan sahaja terutama golongan muda. 

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan melaksanakan program gotong royong seperti membersih kawasan masjid dan kubur di kawasan Langkap dan Permasuri tidak lama lagi. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: