Video| Malang bertimpa! Tangkap suami curang, anak pula maut!
Published byBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul! Apa yang berlaku ke atas wanita ini sangat meruntun perasaan. Nasib malangnya datang bertimpa-timpa dalam masa yang sama. Pada hari dia dapat ‘menangkap’ suaminya curang dengan wanita lain, anaknya pula maut setelah dilenyek oleh lori yang dipandu oleh suaminya. : KitaReporters
Wanita ini cuba menghalang lori yang dipandu oleh suaminya.
Lagi kisah-kisah berkaitan Aceh:
https://kitareporters.com/search?search=aceh
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Meukek, Aceh Selatan, Indonesia. Lapor portal Indozone.Id, kejadian yang berlaku pada Sabtu, 19 Disember 2020 di daerah Meukek ini mendapat perhatian netizen di sana.
Wanita berkenaan yang curiga dengan suaminya telah bertindak
bersama anak lelakinya menghalang lori yang dibawa suaminya di tengah jalan
raya.
Dalam video yang dikongsi oleh pengguna Instagram, @yuni.rusmini.58, kelihatan sebuah lori besar dihalang oleh seorang wanita bersama anaknya. Namun, lori tersebut tidak berhenti sebaliknya terus bergerak ke depan.
Anak wanita itu sempat berpaut pada cermin sisi lori dengan harapan bapanya akan memberhentikan lori tersebut. Malangnya, lori tersebut tidak berhenti malah terus memecut sehingga berlaku kemalangan ngeri.
Anak mereka sempat berpaut pada cermin sisi lori tersebut dengan harapan ayahnya memberhentikan lori.
Anaknya yang berpaut pada cermin sisi akhirnya
terjatuh lalu dilenyek hidup-hidup oleh lori tersebut. Manakala ibu atau isteri
kepada lelaki berkenaan, tertinggal di belakang dan terus berlari mendapatkan
anaknya yang sudah cedera parah.
Akibat kecederaan itu, anak wanita berkenaan maut di tempat kejadian. Melihat anaknya sudah tiada, wanita tersebut meraung seperti histeri kerana terlalu sedih.
Tragis! Anak wanita berkenaan maut di tempat kejadian.
Rata-rata netizen mengutuk kejadian tersebut yang
dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ramai yang mendoakan agar lelaki
itu mendapat hukuman setimpal.
“Bapak biadap. Pintu neraka jahanam terbuka lebar buat bapaknya,” tulis salah seorang netizen dalam ruangan komen Instagram milik @yuni.rusmini.58.
Sudahlah berlaku curang dengan isteri, kemudian ‘dibunuhnya’ pula anak sendiri! Semoga lelaki berkenaan mendapat hukuman setimpal. - KitaReporters