Video| Allah sayang kita! Rezeki tak terduga! Ebit Lew hadiahkan rumah buat rider galas anak OKU!
Published bySebak.. Azimah Abdul Rahim bersama anak perempuannya, Nurul dibantu oleh Ustaz Ebit Lew. - Kredit gambar: FB Ebit Lew
KASIH ibu berkorban jiwa dan raga demi sesuap nasi untuk anaknya.
Berkat kesabaran seorang ibu yang menjadi penghantar makanan Foodpanda sambil menggalas anaknya yang cacat penglihatan (OKU buta), akhirnya mendapat bantuan rumah yang lengkap dengan perkakasnya dibiayai Ustaz Ebit Lew.
Ibu berkenaan, Azimah Abdul Rahim ditemukan dengan Ebit selepas videonya tular dalam media massa yang memohon mendapatkan bantuan rumah murah yang kemudian ditonton oleh lebih sejuta pelayar Ehailing.fm, yang turut mendoakan keberkatan rezeki dan kesihatan serta kesejateraan anaknya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ebit Lew
Sabtu, 22 Januari 2022 lalu, Ebit menemuinya dan membawanya memasuki rumah baharu dengan menyediakan perkakas seperti tilam, peti ais dan keperluan asas lain untuk membolehkan wanita dan anaknya memulakan kehidupan lebih baik.
Netizen yang memberi komen sangat bangga dan terharu dengan bantuan segera oleh Ebit itu sehingga ada yang mahu pendakwah itu dicalonkan sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Menangis Azimah bila didekati Ebit yang kemudian membawanya menaiki kenderaan untuk membeli belah dan dikejutkan dengan hadiah rumah yang dibayar sewanya oleh ustaz berserta barang.
Ustaz Ebit Lew menyantuni wanita bersama anak OKU yang video mereka tular di media sosial.
Ibu tunggal itu dikatakan terpaksa bekerja untuk mengisi perut dia anak beranak dan dia menghantar tempahan orang ramai selama 24 jam dan mendakap anak kecil itu pada dadanya.
Dia pernah ditahan oleh polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sambil sebahagian besar masyarakat merayu supaya kerajaan membantu dua beranak ini mendapat perlindungan yang sewajarnya, ini kerana kerja sebagai penghantar makanan itu berdepan dengan bahaya di jalan raya.
Nurul Nadia ...kisahnya sama dengan saya.
Achik Hamidah Abu Hassan dari Pulau Pinang mengucapkan syukur kerana wanita itu bertemu dengan Ebit dan berharap dia juga dapat menjadi seorang yang boleh menyumbang kepada orang-orang susah.
Komen dia kemudian disokong oleh netizen lain yang mahu Achik itu memulakan sedekah secara kecil-kecilan dengan keluarga terlebih dahulu.
Saiful Afdal pula mengucapkan syabas kepada Ebit dan mendoakan semoga Allah merahmati usia semua insan kerana membuat kebajikan.
Ramli Norihan yang berkata, nasib baiklah ada ustaz. Kalau tidak, meranalah rakyat bawahan serta dia tertanya-tanya sudah beberapa lama perkara itu sudah jadi begitu dan tiada siapa pun yang mahu ambil tahu.
Nurul Nadia Zainol Abidin pula menceritakan kisahnya, "macam saya juga, kadang-kadang bawa anak tapi saya tidak guna foodpanda atau grab namun secara persendirian berhad ja."
"Bila bawa anak mesti orang cakap, kasihannya dia bawa anak panas dan hujan. Tapi kita sebagai ibu mesti tahu apa yang terbaik," tulisnya.
Lengkap barang rumah yang baharu. - Kredit gambar: FB Ebit Lew
Sebelum itu, video berkenaan tular dalam media massa menunjukkan seorang ibu terpaksa membawa anaknya yang masih kecil ketika membuat penghantaran makanan.
Wanita itu kemudian dikenali sebagai Azimah mendukung anaknya dikenali sebagai Nurul Zahirah, 5, cacat penglihatan, mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang sedih dengan keadaan nasib ibu tersebut.
Ketika ditemui selepas dia bertemu dengan Persatuan Penghantar Phailing Malaysia untuk mengetahui kisah di sebalik kerjanya, Azimah berkata dia terpaksa membawa anaknya ke mana saja untuk penghantaran makanan kerana anaknya bukan saja cacat penglihatan tetapi juga seorang yang hiperaktif.
Azimah berkerja sebagai penghantar makanan sejak Disember 2021 memberitahu pernah menghantar anaknya ke rumah pengasuh dan mereka tidak dapat bertahan kerana sikap anaknya kuat menangis dan mengamuk. Dia juga trauma selepas melihat badan anaknya lebam-lebam selepas dijaga oleh pengasuh.
Ebit Lew menitipkan doa.
Azimah turut berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan membuatnya bersemangat untuk bekerja mencari rezeki dan sebelum ini, dia pernah bekerja di kedai dobi.
Dia yang kini tinggal bersama ayah dan adik beradiknya memaklumkan anak istimewanya itu mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan swasta.
Harapannya adalah mahukan anaknya bersekolah dan dia mahu bekerja untuk memberi keselesaan dan sebab itu dia merayu kepada kerajaan untuk mendapatkan sebuah rumah perumahan kos rendah. - KitaReporters