Video| Alhamdulillah! Pelajar UiTM terselamat! Kereta dipandu terbabas ke dalam sungai dekat Jertih!
Published by
SEORANG pelajar UiTM Perlis, terselamat apabila kereta yang
dipandunya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Amer, dekat Jertih, Terengganu.
Mangsa, Nur Fatnin Insyirah Mohd Nazri, 21, dari Taman Permata, Wakaf Tengah,
Kuala Terengganu dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya ke Kota Bharu,
Kelantan untuk mengambil rakannya sebelum meneruskan perjalanan ke Perlis.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi pada Isnin 2 Jun 2024 apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa telah terbabas dan masuk ke dalam sungai.
Menurut Abdul Rozak, dengan bantuan penduduk sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta dan diselamatkan.
“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut oleh ambulan
APM. Mangsa dalam keadaan stabil dan dalam rawatan doktor,” katanya.
Menurutnya lagi, hasil siasatan di tempat kejadian, mendapati kemalangan tidak melibatkan pihak lain atau kenderaan lain.
Katanya, mangsa kemungkinan tidak biasa dengan jalan di tempat tersebut berdasarkan kesan brek yang agak panjang.
Kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalulintas 1959. - KitaReporters
Abd Rozak Muhammad