Video| Kandang kambing macam rumah mewah! 2 tingkat bernilai RM150k! Demi keselesaan biri-biri!
Published byKandang kambing biasanya dibuat secara ala kadar, sehinggakan rumah yang dihuni manusia yang keadaannya tidak selesa dianggap seperti kandang kambing.
Kandang kambing biri-biri (atau dipanggil domba di Indonesia) mewah ini berada di Desa Batur, Kecamatan Batur, kira-kira 35 kilometer dari bandar Banjanegara, Jawa Tengah.
Rumah kambing biri-biri dua tingkat berwarna kelabu ini kelihatan seperti rumah yang dihuni oleh manusia, mempunyai pintu berukuran besar, dilengkapi juga dengan beberapa jendela dan lubang ventilasi.
Bagi tempat tinggal kambing biri-biri, ia dibatasi dengan batang keluli antikarat.
Dafit sebagai pencinta haiwan dan penternak kambing biri-biri sanggup berbelanja besar untuk kandang kambingnya.
Beberapa pekerja ditugaskan menjaga kebersihan kambing biri-biri seperti memandi dan mencuci najis. Para pekerja juga perlu memastikan kendang itu tidak mengeluarkan bau tidak enak.
Kambing biri-biri yang dibela jenis Batur iaitu biri-biri kacukan yang dibiak masyarakat Kabupaten Banjarnegara di kawasan tanah tinggi sejak turun temurun.
Ketika masih berusia dua bulan ia bernilai kira-kira Rp10 juta (RM300) hingga Rp100 juta (RM1,000). Bayangkan harganya jika mencapai penuh setahun.
Memiliki bulu yang cantik menjadi pilihan pengemar kambing biri-biri untuk pertandingan. Dan dagingnya lebih diminati kerana kurang berbau hamis.
Kandang kambing biri-biri ‘mewah’ ini tular setelah video dimuat naik oleh David di Batur, Jawa Tengah menerusi akaun TikTok @afdholabadi.
Afdhol Abadi memberitahu media Wolipop, dia merakam kendang kambing ‘mewah’ itu setelah mengikut kawannya bernama Hadi ke kandang itu bagi membeli kambing biri-biri.