Terbaiklah JAWI! Sediakan rumah transit untuk mualaf! Bagi elaun untuk yang hadir kelas mengaji!
Published byHulurkan tangan membimbing saudara-saudara baharu Islam atau lebih dikenali sebagai mualaf sangat digalakkan. Perjuangan serta ujian yang dilalui oleh golongan mualaf bukan mudah. Banyak liku-liku yang perlu mereka hadapi sehingga merobek hati dan perasaan.
Bayangkan, ada yang dibuang oleh keluarga dan diugut bunuh kerana memeluk Islam. Saudara dan kawan menjauh sehingga mereka rasa terasing dan hilang arah tujuan.
Justeru, ketika inilah mereka memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita yang Islam sejak lahir.
Ya, itulah tanggungjawab kita dalam membimbing
saudara baharu. Atas inisiatif itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) telah menyediakan rumah atau penginapan sementara (transit) untuk
golongan ini.
JAWI berkongsi khabar gembira itu dalam Facebook rasmi mereka pada 19 Oktober 2023 lalu. Melihat gambar-gambar penginapan yang dikongsi, kelihatan ia begitu selesa dan bersih.
“Dihalau dan dibuang keluarga, ini adalah salah satu
cabaran saudara baharu kita selepas memeluk Islam. Bagi meringankan beban
mereka, kami menyediakan penginapan sementara di Kompleks Darul Hidayah,
Sentul, khas buat mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal,” tulis kenyataan
tersebut.
Bukan sahaja tempat tinggal, malah JAWI juga menyediakan kelas bimbingan dan elaun. Selain itu, pelbagai lagi bantuan disediakan.
“Kami menyediakan bimbingan seperti kelas Tahsin
al-Quran bagi saudara baharu selain elaun setiap kali mengikuti kelas ini. Selain
itu, mereka juga akan diberikan sumbangan pengislaman sebanyak RM3,000 serta
kit pengislaman termasuk al-Quran, buku-buku, pakaian serta kelengkapan solat
selepas pendaftaran.
“JAWI turut menyediakan kelas pengajian buat saudara
baru bagi peringkat asas, pertengahan dan lanjutan selama satu tahun enam bulan
bagi setiap peringkat. Untuk maklumat lanjut, hubungi JAWI di 03-22749333,” tulisnya.
Usaha murni kitu mendapat reaksi positif daripada orang ramai. Rata-rata menzahirkan saya syukur dan berterima kasih kepada JAWI.
“Alhamdulillah. Buatlah yang terbaik untuk saudara
baharu kita,” tulis salah seorang netizen.
Sementara itu, ada juga yang mahu usaha murni JAWI itu dicontohi pihak lain. “Terbaik! Suka lihat usaha seperti ini. Moga Allah merahmati semua pihak yang terlibat dan mencontohi usaha ini,” tulisnya. - KitaReporters