Video| Cenderahati perkahwinan unik! Pasangan pencinta haiwan beri anak ayam hidup berwarna-warni!
Published byDalam menghadiri majlis perkahwinan, sudah menjadi amalan tuan rumah atau pasangan pengantin memberi cenderahati atau cenderamata kepada tetamu.
Barangan cenderahati bergantung kepada kemampuan tuan rumah atau pasangan pengantin. Apa yang penting cenderahati itu menjadi kenangan kerana menghadiri sesuatu majlis.
Namun satu majlis perkahwinan pasangan Hasan dan Hardiyanti di Mojosari, Mojokerto, Jawa Timur pada 5 Mei 2024 membuat kejutan. Cenderahati yang diberikan kepada tetamu berupa anak ayam pelbagai warna.
Sejumlah kotak diletakkan di laluan keluar tetamu. Setiap tetamu yang pulang berpeluang menerima sebuah kotak cenderahati yang dibuat khas. Kotak cenderahati itu mengandungi anak ayam berwarna warni.
Tetamu boleh memilih mana-mana warna ayam untuk dibawa pulang. Ramai tetamu terkejut menerima cenderahati berbentuk ‘barang hidup’ itu.
Pada mulanya, ramai yang menyangka cenderamata yang diberi adalah anak patung anak ayam yang berbunyi.
Pada mulanya mereka bercadang untuk memberikan tikus hamster namun dinasihat oleh keluarga agar tidak memberi haiwan itu kerana tidak semua selesa dengannya.
Lalu akhirnya mereka sepakat untuk menghadiahkan anak ayam warna-warni kerana haiwan ini kini popular untuk dijadikan ‘pet’.
Pemberian cenderahati yang unik ini tular setelah dimuat naik TikTok @barbie.sin. Sejak dimuat naik, videonya telah ditonton lebih 1.4 juta kali. - KitaReporters