Parah! Bila warga kota nak ternak ayam, itik, kambing! DBKL lakukan operasi roboh kandang, sangkar!
Published byMasih terdapat warga kota yang tetap mengamalkan kehidupan di kampung. Justeru mereka cuba melakukan kerja di kampung di kawasan lapang atau boleh diguna di kota.
Selain bertani ada penduduk yang melakukan kerja penternakan di kota. Tindakan yang dilakukan ini boleh mengundang ketidakselesaan dan kemarahan penduduk.
Memelihara binatang ternakan seperti ayam, itik dan kambing menimbulkan pencemaran bau dan kebersihan. Ini menyebabkan ada penduduk yang membuat laporan kepada pihak berkuasa tempatan.
Bertindak atas maklumat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan operasi bersepadu meroboh struktur haram (kandang ternakan haiwan) di atas rezab jalan awam di Taman Golden, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Jumaat, 10 Januari 2025.
Hasil operasi bersepadu ini, struktur haram yang menjadi kandang dan sangkar untuk ternakan haiwan (ayam, itik dan kambing) dan telah dibina tanpa kelulusan, telah dikenakan tindakan roboh.
Adalah menjadi kesalahan membina struktur tambahan hingga menutup longkang, jalan dan laluan awam. Kesalahan termaktub di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Kesemua sisa struktur yang dirobohkan itu kemudian telah dilupuskan oleh DBKL.
Selepas tamat operasi, haiwan ternakan dipindahkan ke Unit Vektor, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL bagi tujuan rekod dan dokumentasi selanjutnya.
Menurut kenyataan DBKL dalam laman sesawangnya, ia akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa.
Orang awam yang mempunyai maklumat selain menghubungi DBKL secara langsung. boleh juga menyalurkan maklumat pada pautan https://adukl.dbkl.gov.my/ - KitaReporters