Demontrasi silat sebagai pembukaan majlis Program Jiwa merdeka Komuniti Madani.

Komuniti Madani Taman Siakap, Seberang Jaya telah menganjurkan Program Jiwa Merdeka Komuniti Madani “Semarak Kesihatan Jiwa Madani” bertempat di AEON BIG Seberang Perai pada 18 Ogos 2024 lalu.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal maklumat mengenai masalah kesihatan menopaus dan andropaus kepada wanita serta lelaki dalam golongan 40-an agar mereka dapat  menyediakan diri menghadapi alam menopaus dan andropaus dengan selesa.

Program ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita dan lelaki tentang kepentingan penjagaan kesihatan sebelum dan ketika zaman keemasan.


Pemimpin-pemimpin NGO turut hadir bagi memeriahkan program ini.


Program separuh hari ini anjuran Komuniti Madani Taman Siakap di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan Kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang, Skuad Waja Pulau Pinang, Kelab Wanita Ikon Negeri Pulau Pinang, Persatuan Penduduk Taman Siakap Seberang Jaya, AVON dan AEON BIG Pulau Pinang, Perai. 

Program ini telah dirasmikan oleh Dato’ Dr Mas Rosemal Hakim Mas Haris, Pengerusi Komuniti Madani Taman Siakap. 

Turut hadir dalam program ini, Jamil Zainul, Pegawai Penerangan Daerah, PPD SPT;  Nor Haliza Ridzuan dan Halimah Abdul Ghani, Pembantu Penerangan.


Datin Dr Hazariah Abu Hassan menyampaikan ceramah bertajuk Citra Wanita Anggun, Lelaki Hebat Dizaman Keemasan.

Program ini mendapat sambutan daripada lebih 120 orang wanita serta lelaki dari berbilang kaum.

Antara sesi ceramah yang diketengahkan pula ialah ceramah-Ceramah yang bertajuk "Citra Wanita Anggun, Lelaki Hebat pada Zaman Keemasan" yang telah disampaikan oleh Datin Dr. Hazariah Abu Hassan, Timbalan Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang.

Manakala "Emosi Diri Dihargai, Merdeka Hati" pula telah disampaikan oleh Dr. Norhaslinda Mat Hassin, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang.

Sementara itu pengisian sepanjang program ini pula termasuk senamrobik Jiwa Merdeka pada waktu pagi, manakala pada waktu tengah hari pula diadakan persembahan pesilat-pesilat dari Seni Silat Gerak Ilham serta Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-67 yang bertemakan "Jiwa Merdeka".

Semua peserta yang hadir memberi maklum balas yang positif dan amat berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. - KitaReporters


Kibaran Jalur Gemilang memeriahkan majlis ini.
13
9
0
11
0

Copy Link: