Keretakan dalam rumah tangga boleh mengakibatkan orang yang mengalaminya melakukan perkara-perkara di luar dugaan serta kawalan dirinya.

Satu peristiwa tragis membabitkan isu perpisahan berlaku di Desa Massulowalie, Kecamatan Mattiro Sompe, Kabupaten Pinrang, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad, 4 Ogos 2024. 

Pergeseran rumah tangga sudah lama dan semakin memanas setelah lahir bayi sulung dan setahun tidak tidur sekatil walau serumah, si isteri dikenali sebagai A mengusulkan perceraian di mahkamah.

Namun si suami bernama Sandi, 25, enggan bercerai sehingga membuat dia hilang pertimbangan. Sandi lalu menjadikan anak mereka yang baru berusia 14 bulan sebagai tebusan (sandera) agar si isteri menarik keputusannya untuk bercerai.


/


Anak itu dijadikan tebusan (sandera) selama 16 jam (dari 7 malam Ahad hingga 10 pagi Isnin) dan mengancam akan membunuh si anak dengan parang jika si isteri tetap degil.

Si nenek anak itu cuba memujuk Sandi agar tidak bertindak ganas.

Sandi turut merakam peristiwa tragis itu dalam kamera telefon selularnya dan memuat naik ke telefon bimbit si isteri. Video itu tular dalam pelbagai sosial media dan turut dipetik sejumlah media cetak dan media elektronik.

Dalam video itu terlihat Sandi menggantung anaknya dengan tali yang dililit pada leher mangsa sehingga si anak menangis histeria.

"Ini yang mau mulihat ini?" kata Sandi ketika merakam aksinya menggantung anaknya.

Dalam video lainnya, Sandi kelihatan menghempaskan bayinya ke tilam beberapa kali serta  membawa sama parang. 



Setelah menerima maklumat tragedi itu, sepasukan polis bergegas ke rumah tempat kejadian. Langkah memujuk dilakukan sehingga Sandi mampu ditenang dan si anak dapat diselamatkan. 

Ketua Polis Daerah Pinrang, AKBP Andiko Wicaksono mengetuai operasi dan turut mengendong si anak setelah berjaya diselamatkan.

Memberkas Sandi tidak mudah. Dia meronta, menangis dan menghentak kepalanya ke dinding kayu rumah. Memerlukan sedikit masa untuk menenangkannya dan berjaya dibawa pergi dengan kereta peronda.

Sandi pasti menerima hukuman penjara atas kekhilafannya dan akan menerima perceraian. Si isteri tetap mahukan perceraian melalui jalan mahkamah.
Dalam wawancara ekslusif TV One, isterinya yang dikenali sebagai A yang kini tinggal di rumah ibu bapanya mendakwa dia sering mengalami keganasan rumah tangga, malah anak kecilnya turut didera kerana Sandi seorang yang panas baran dan penagih dadah. 

Tambahnya dia akan mengambil anaknya dari rumah mertuanya. - KitaReporters


13
11
0
9
0

Copy Link: