Video| Jadi penyondol, Miss Jepun pulangkan semula gelaran! Turut dikecam sebab bukan kelahiran Jepun!

Published by
KitaReporters


Karolina Shiino terpaksa memulangkan semula gelaran Miss Jepun yang diterimanya pada 22 Januari 2024 lalu susulan kisah peribadinya terbongkar selain pertikaian masyarakat yang setempat yang tidak puas hati pemilihan dirinya yang bukan dilahirkan di Jepun. - Kredit foto: CNN


GARA-GARA mempunyai hubungan sulit dengan suami orang, seorang wanita kelahiran Ukraine yang dinobatkan ratu cantik, Miss Jepun terpaksa memulangkan semula gelaran berkenaan susulan kisah peribadinya terbongkar.

Memetik portal BBC.com, Karolina Shiino, gadis cantik yang membesar di Jepun telah dinobatkan Miss Jepun pada 22 Januari 2024 lalu namun kemenangan itu dipertikai  masyarakat setempat yang mengetahui dia bukanlah rakyat asal Jepun selain tidak mempunyai keperibadian yang mulia berikutan mejadi penyondol susulan bercinta dengan lelaki yang telah berkeluarga.

Masyarakat setempat juga mengecam pemilihannya susulan gadis berkenaan bukan berasal dari Jepun tetapi hanya membesar di negara itu.


Gadis kelahiran Ukraine ini akui tindakan penganjur yang menarik balik gelaran yang diterimanya susulan kontroversi yang melanda. - Kredit foto: Washingtonpost


Situasi itu sekali gus menyebabkan ramai yang tidak menerima  pemilihan Karolina sebagai ratu cantik mewakili Jepun.

Dalam kekalutan berkenaan, Karolina sekali lagi berdepan kontroversi apabila majalah Shukan Bunshun mendakwa gadis ayu berkulit putih kemerahan  itu menjalinkan hubungan cinta dengan pempengaruh yang juga suami orang,

Karolina pada awalnya menafikan dakwaan berkenaan disusuli pihak penganjur pertandingan ratu cantik itu yang bertegas menafikan dakwaan majalah terkenal itu sambil menegaskan dakwaan berkenaan sengaja dilakukan sebagai mahu menjatuhkan kredibiliti ratu cantik berkenaan. 

Malah penganjur turut mempertahan wanita cantik berusia 26 tahun itu tidak tahu lelaki berkenaan sudah berkahwin. 


Tinggal Kenangan... Apabila Karolina terpaksa memulangkan gelaran dan mahkota yang diterimanya pada 22 januari 2024 pada pertandingan Ratu Cantik Jepun, Miss Jepun.
Bagaimanapun, pada 5 Februari 2024 lalu, penganjur mengeluarkan kenyataan baharu dan mengiyakan bahawa Karolina masih menjalinkan hubungan dengan kekasihnya walaupun mengetahui lelaki itu sudah mempunyai keluarga.

Berang dengan tindakan tidak beradab Karolina, Persatuan Miss Jepun juga turut menerima pemulangan gelaran ratu Jepun daripada wanita berkenaan. 

Penganjur juga turut memadam profil gadis berkenaan daripada laman web pertandingan tersebut.


Gadis berusia 26 tahun memohon maaf dengan penyokong dengan sikapnya sehingga mencetuskan kontroversi selain mengkhianati penyokong selama ini. - Kredit foto: boldsky.com


Sementara itu,  Karolina menerusi kenyataannya memohon maaf dengan apa yang berlaku kepadanya susulan tindakan mengkhianati mereka yang menyokong dirinya selama ini.

Sehingga kini gelaran tersebut kekal kosong sepanjang tahun ini (2024) meskipun terdapat beberapa orang yang merangkul naib juara. - KitaReporters


14
14
0
11
0

Copy Link: