Akibat tidak punyai wang! Pemuda cekik kekasih sampai mati! Selepas didesak berkahwin berkali-kali!
Published byANGGOTA polis menyiasat mayat seorang wanita yang dikenali sebagai EYP yang ditemui mati dipercayai dibunuh oleh kekasihnya di rumah sewa di Kampung Kamurang, Desa Cikedokan, Cikarang Barat, Bekasi, Jawa Barat baru-baru ini. - Kredit foto: Tribun Sumsel
BAK kata perpatah, ketika bercinta semuanya enak belaka selain ia paling menyeronokan!
Namun apabila pasangan kekasih mengajak berkahwin maka sang lelaki fikirannya menjadi kelam kabut akibat tidak mempunyai wang sehingga tergamak pula melakukan perbuatan terkutuk untuk melepaskan tanggungjawabnya terhadap teman wanita.
Dalam hal ini, satu kejadian yang menyayat hati terjadi di sebuah rumah sewa di Kampung Kamurang, Desa Cikedokan, Cikarang Barat, Bekasi, Jawa Barat apabila seorang pemuda bernama dikenali sebagai MS, 22, dipercayai membunuh kekasihnya sendiri dikenali sebagai, EYP, 26, pada 12 Februari 2024 lalu.
PELAKU berbaju oren yang merupakan kekasih EYP ditahan polis untuk siasatan lanjut. - Kredit foto: Serambinews
Dipetik daripada Okezone News pada 16 Februari 2024 lalu
memberitahu kejadian tersebut berlaku apabila EYP mendesak beberapa kali kepada
MS untuk berkahwin secepat mungkin sedangkan pemuda itu tidak bersedia untuk
berkahwin akibat menghadapi masalah kewangan.
Pelbagai alasan diberikan oleh MS kepada EYP disebabkan dia belum mempunyai wang lagi untuk membuat persediaan perkahwinan mereka, yang akhirnyamenyebabkan pasangan kekasih berkenaan bergaduh sehingga berlaku pembunuhan.
Ketua Polis Cikarang Barat, Kompol Gurnald Patiran berkata, apabila melihat teman wanita itu meninggal dunia di atas katil di rumah sewa tersebut maka pelaku dikatakan melarikan diri ke Jakarta Pusat sebelum MS menyerahkan diri di Balai Polis Cempaka Putih.
Beliau berkata mangsa meninggal dunia kerana sukar bernafas setelah lehernya dicekik dan mukanya ditutup dengan sebiji batal yang dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya sendiri.
``Kes ini akan disiasat di bawah pasal 338 KUHP (Kitab Undang-Undang Hukum Pidana) yang membawa hukuman penjara selama 15 tahun,’’ katanya lagi.
RUMAH sewa yang didiami pasangan kekasih terbabit sejak tiga bulan lalu sebelum berlaku kes perbunuhan EYP. - Kredit foto: Megapolitan
Difahamkan semasa bergaduh itu, MS bertindak mencekik leher EYP sebelum menutup muka mangsa dengan sebiji batal di atas katil di rumah sewa berkenaan sehingga wanita muda itu meninggal dunia akibat kesukaran bernafas.
Peristiwa malang itu diketahui pemilik rumah sewa terbabit sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.
Beliau berkata, kejadian itu berlaku dipercayai MS bosan dengan tindakan teman wanitanya yang sering mendesak untuk berkahwin tetapi pelaku tidak mempunyai wang. - KitaReporters
Kredit foto: Indozone News