Malang berganda! Sudahlah hutang RM150 tak dibayar! Mangsa pula ditikam oleh suami pemiutang!
Published byDESSY sedang dirawat di Hospital Bari, Palembang selepas ditikam diperutnya oleh seorang peniaga akibat masalah hutang. - Kredit Foto: Kompas.com
MALANG berganda bagi seorang wanita! Sudahlah hutang sebanyak Rp450 ribu (kira-kira RM150) tidak dibayar oleh peminjam sebaliknya wanita itu ditikam pula sebanyak dua kali pada perutnya oleh seorang peniaga apabila mangsa datang ke rumah peniaga terbabit untuk menagih hutang dengan isterinya.
Dalam kejadian yang berlaku di Palembang, Sumatera Barat pada Sabtu 17 Julai 2021, peniaga terbabit, Fajri @ Mamat, 32, sanggup menikam Dessy Indah Puspita Sari, 30, akibat bosan mangsa membuat kecoh di rumahnya ketika mangsa datang meminta hutang dengan isteri peniaga itu pada pagi hari kejadian.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tikam
DESSY dirawat di Hospital Bari, Palembang sejak 17 Julai 2021 lalu. - Kredit Foto : Kompas.com
Sebelum kejadian itu, Fajri sedang tidur namun suspek terjaga dari tidurnya apabila terdengar suara bising seperti orang bergaduh membabitkan mangsa serta isterinya akibat masalah hutang.
``Dia (Dessy) bercakap kasar serta menghina isteri saya ketika meminta hutang sebanyak Rp450 ribu, lalu saya naik angin dan marah maka saya mengambil sebilah pisau lalu menikam perut dia,’’ katanya ketika memberi keterangan kepada pihak polis selepas suspek ditahan berikutan dengan kejadian tersebut.
Dipetik dari sumber Tribunnews.com pada Isnin 19 Julai 2021 lalu melaporkan, selepas tragedi itu, Dessy dibawa oleh penduduk kampung yang melihat kejadian itu ke Hospital Bari, Palembang untuk mendapat rawatan.
Fajri @ Mamat ditahan oleh polis. - Kredit foto: Merdeka.com
Ketua Polis Daerah Palembang, Kompol Tri Wahyudi berkata,
suspek yang tinggal di Kelurahan 15 Ulu, Kacamatan Jakabaring, Palembang.
Menurutnya, Fajri berbuat demikian kerana dia amat marah pada Dessy yang mengeluarkan kata-kata kasar semasa wanita itu meminta hutang dengan isterinya.
``Lalu Fajri bangkit dari tidur dan dia mengambil sebilah pisau lalu menikam perut mangsa,’’ katanya.
Tri Wahyudi berkata, suspek akan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan kesalahan tersebut yang akan didakwa Pasal 351 KUHP.
Kredit Foto : Kompas.com
Sementara itu, Dessy berkata sebelum kejadian itu, dia sudah beberapa kali meminta hutang dengan isteri peniaga berkenaan yang asyik menanguh bayarannya dengan pelbagai alasan.
``Walaupun jumlah itu kecil tetepi saya perlukan wang untuk membeli barang-barang keperluan bagi menyambut hari raya Aidiladha,’’ katanya. - KitaReporters
SUAMI Dessy hadir di Balai Polis Palembang untuk membuat laporan berhubungt kejadian yang menimpa isterinya. - Kredit Foto: Kompas.com